Pagi ni ammi macam teragak-agak nak pergi office ke tidak. Alip masih belum sihat sepenuhnya semalam. Tapi abah kata pergi je. Abah tengokkan dia. Apa-apa hal ada referral letter dari bahagian emergency semalamnya tu mungkin abah bawak je terus jumpa doctor yang disarankan. Ni nanti ammi sharelah ye cerita tentang Alip dan sakitnya. Setakat masa ammi type ni abah kata Alip dah sihat dan dia tengah baca buku dalam bilik. Dia heboh nak pergi sekolah KAFA petang nanti sebab ada exam.
Pagi ammi naik bus dalam pukul 6.30 gitu. Harini punyalah mengantuk, bus tak sempat jalan ammi dah "jalan" dulu. Masa tidur tu dengar buzzing sound tapi mata beratnya tak boleh nak buka. Kejap tu dengar orang bercakap-cakap "bus rosak, air panas".
Buka mata tengok bus park kat tepi. Puas zoom, ohhhh di Sg. Merab rupanya. Tengok jam pukul 7 pagi. Kiranya ini pengalaman bus rosak kedua sepanjang ammi kerja Seremban - KL since April 2023.
Disebabkan mengantuk dan driver kata dia dah contact bus lain untuk bawak kitorang, ammi pun sambung tidur. Boleh gitu? Bus masih sejuk lagi, bolehlah ko tidur dalam tu. Terjaga lebih kurang 7.30 pagi...ehhh masih disini. Cuak gak, kotlah ammi kena tinggal ke apa. Dah jomlah turun, dah terasa bahangnya dalam bus.
Gi toilet dulu, pastu lepak-lepak ambik angin kat bawah ni. Sekali ehhh terasa macam ada rintik-rintik hujan. Masuklah balik dalam bus.
Dalam 8.30 pagi barulah bas gantian datang selamatkan kitorang.
Yeayyy...walaupun sangap tapi syukur bus ini yang datang. Abang bus hijau ni bawak bus style "otai"... takdelah panas bontot tersangkut kat toll Sungai Besi karang.
Sampai CM dalam pukul 9 lebih, dan Alhamdulillah sampai office tepat jam 10 pagi.
9 Comments
alhamdulillah, ammi dh selamat sampai opis :) cuak jugak bila baca entry bas rosak ni
ReplyDeleteNasib baik x naik bas pagi tadi...ingat memang nak naik bas pukul 6...lepas tu hujan kan...terus abg haidy cakap dia hantar je la
ReplyDeleteCeh.. boleh dia sambung tido balik eh.
ReplyDeletealhamdulillah selamat sampai office (semoga anakanda kembali sihat dengan cepat, ameeennn)
ReplyDeletecabaran kan kalau berulang jauh dengan bas ni, alhamdulillah selamat sampai ke pejabat ammi
ReplyDeletePernah merasa bas rosak tepi highway jenuh tunggu bas gantian.
ReplyDeleteAduh, dugaan mencari sesuap nasi Ammi ye...
ReplyDeleteDia punya ngantok laju dari bas jalan dulu ye. Pengalaman bas rosak ni memang tak best. Lama juga tu menunggu bas ganti sampai. Masing-masing dah lewat, tu yang bawa style otai tu agaknya.
ReplyDeleteLama juga bis pengganti datang ya kak 😅. Dulu tiap kali naik bus saat pergi ke kantor, saya pun selalu berdoa, jangan sampai bus bermasalah tengah jalan. Susaaah dapat bus ganti dan dah pasti telat sampai kantor. Kalo bos baik tak apa... Kadang pernah dpt bos yg killer 😂
ReplyDelete