Friday the 13th. Masa kecik ada cerita seram ni. Korang ingat tak?
Hari Rabu kami yang bekerja di Selangor cuti.
Pagi lepas siapkan breakfast Alip, ammi minum secawan kopi O tanpa gula dan mintak abah hantar ammi ke Lake Garden. Lama sungguh ammi tak briskwalk. Berat pun daripada 56kg dah jadi 64kg setakat semalam. Huhhh memang terasa berat bila berjalan.
Haritu saja je ammi naik bus lain ke office. Bus yang perlukan ammi berjalan jauh sikit. Dulu ammi jalan dari bus stop ke office dalam 7 minit, tapi haritu dekat 10 minit. Itu pun rasa dah jalan laju sebab terasa nak shishi. Kalau tak ada urgency nak masuk toilet rasa-rasa mau drag ke 13-14 minit gak tu.
Walking 2.88km untuk 38minit. Huhuhu. Puas target aku nak kejar uncle depan tu (uncle tu mcm dalam 60an je umo), tapi ammi tak dapat kejar dia uolls. Uncle tu yang laju atau ammi yg slow ntah.
Merasmikan windbreaker baru yang dah tak berapa baru dibeli. Menjejeh2 peluh bila jalan pakai windbreaker ni.
Bulan 10 dah sampai tapi bulan 12 baru berkesempatan (sebenarnya baru rajin) nak pakai. Semoga windbreaker ni tak bersidai jadi kain buruk je sudahlah kat dalam almari.
Dan hari Khamis (mentang-mentang boss bagi greenlight untuk terus je cuti sampai Jumaat), ammi pun demam kat rumah. Dari Selasa sebenarnya dah start rasa sakit tekak, tup-tup petang rabu tu beriya panas badan.
4 Comments
Banyak tu naik beratnya. Kena banyak berjalan lagi ni.
ReplyDeleteselamat berbriswalk ammi
ReplyDeleteshafakillah ammi!
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh Ammi
ReplyDelete