Hari Jumaat malam Along whatsapp, "La, esok boleh jumpa Khilfi ke kat sekolah?, Along nak ke sana ni," katanya.
Rupanya anak bongsu along si Ryan ada game rugby kat sekolah Khilfi. Game antara Alumni MOZAC dan Alumni SISMe. Camna Ryan boleh jadi wakil alumni SISMe pun entahlah. SISMe stands for Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar.
Memang hari Sabtu tu ada lawatan untuk boys, tapi memandangkan kami baru hantar dia hari Ahad jadi dia pun tau yang kitorang memang tak datang untuk lawatan dan dia pun aware yang kami akan pergi visit kakak.
Tapi dah alang-alang, Along nak kesana, ammi ni pun berharaplah sangat Khilfi call. At least boleh inform yang mama & babah akan ke sana. Disebabkan dia pun tak call jadi ammi cakap kat along ammi untuk mintak jelah sesapa tolong panggilkan dia nanti. Ammi bagi nombor dorm bagai.
Akhirnya, abang senior form 3 jadi mangsa. Mujur juga budak seketul ni dikenali senior.
Baru nak baring-baring atas katil katanya, tiba-tiba ada senior kata "parents ko cari kat bawah". Dapatlah kami bervideo call guna handphone babah dia.
Masa kecik, kalau tanya dia "adik anak sapa?"...nanti dia cakap "adik anak babah"... hahah. Anak babahlah sangat ye... babah timang2 sikit, geletek-geletek je terus jadi anak babah.
Thank you Along menyantuni cucu ke5 muma ni. Ryan (yang berbaju belang merah kuning ni) baru 17 tahun usianya dan masih belajar di Kolej Vokasional. Bila kata dia ada game dengan alumni kitorang macam, mana aci alumni (orang tua) main dengan budak-budak. Memang kena sailang manjang jelah nanti geng alumni.
Kyra tengok gambar ni masa kitorang kat sekolah dia, dan Kyra kata..."is that my brother? kenapa nampak handsome sangat?".
Well, kamera kakak Alya memang buat semua orang nampak putih kot. Hahhah...tu yang nampak handsome.
Game mula agak lewat dan Khilfi dapat tengok 20 minit pertama je sebab dia dah kena naik dah. Padang pun super lecak katanya. Yelah 2-3 hari manjang hujan je kan. Dah macam bendang padang tu.
Khilfi pun tengah exam week sekarang ni...semoga dapat membaca dan memahami soalan dengan baik, dapat alirkan juga semua apa yang dipelajari ke atas kertas jawapan nanti.
3 Comments
ye la...makin ensem la anak buajang ammi yang sorang tu...betul cakap kakak tu..hahahaha...
ReplyDeleteSiapa yg menang lawan rugbi tu, alumni ke budak2 sekolah :D
ReplyDeleteMesti la makin lama-makin hansem....
ReplyDelete