Hari Jumaat lepas ammi ambil peluang untuk tidak bekerja walaupun boss tidak berada di office. Boss suruh aturkanlah sendiri kerja. Jadi melihat pada keadaan trafik dari Isnin ke Khamis ammi yakin ramai yang sambung cuti sempena anak pun cuti sekolah jadi ammi pun decide untuk cuti juga. Ahaks.
Hari Jumaat tu ammi memang dah tugaskan anak-anak untuk buat sarapan pagi. Gambar kat ammi ada sekeping je. Rasa macam ada ambil gambar hasil masakan tapi mana ntah.
Selepas sarapan pagi kita buat cleaning rumah besar-besaran. Kita cuci apa yang patut, sapu, mop bagai pastu kita tutup je dapur terus. Kita kenyit-kenyit mata kat abah suruh bawak kita lunch di luar.
Lepas solat kita pun ikut pilihan anak-anak ke Seremban Gateway. Budak-budak ni nak makan kat Nippon Shabuyaki. Sekali bila sampai situ hambikkkk sungguh panjang barisan. Dan ammi cadangkan kita makan je kat MyViets sebab ammi dah tau yang kedai tu halal. Owner Nippon Shabuyaki dan MyViets adalah orang yang sama. Yeay...abah setuju je sebab awalnya abah pun taknak makan stimbot sebab abahnya tengah demam. Selera pun tak ada nak makan sangat.
Air kami. Peach, Strawberry dan Ginger Flower Tea. Setiap satu air teh ni harganya RM6.90. Ada rasa kelat teh dihujung-hujung tekak gitu.
Orang kata kopi Vietnam sedap, jadi Abah dan Khilfi order kopi. Sorang ambil yang panas sorang ambil yg sejuk. Kopi harganya RM7.90 setiap satu.
Sementara tunggu makanan sampai kita ambil jelah dulu gambar kasut size kapal layar anak dara ni. Ehhh sibuk je yang berselipar tu nak menyelit sama.
Kami berlima.. yang bujang-bujang kalau tak buat muka memang tak sahkan?
Yang ini Abah punya Spicy Noodle Soup Tenderloin - RM16.90
Kyra punya Pho Bo Brisket - RM18.90
Alip punya Soy Noodle Tenderloin - RM15.90
Ammi punya Spicy Noodle soup Beef Shank - RM17.90. Ammi pun tak tau apa beza dengan abah punya macam sama tapi dia kata bukan. Lantaklah.
Khilfi punya Spicy Beef Fried flat Noodle - RM15.50. Inilah kueh tiow yang ammi suka sangat tu. Ok sekarang dah tau kat mana nak cari kueh tiow pesen camni. Manjang gi kedai, dalam gambar tunjuk gini tapi bila sampai banjir teruk kueh tiownya. I don't like.
Ammi kelip-kelip mata kat abah mintak nak tambah Large Sharing Platter. Kenapa kelip-kelip sebab harganya RM49.90. Mujur ok...kalau tidak I merajuk nanti. Ahaks.
Melayan budak bulu lebat ni makan sampai pejam-pejam mata. Suruh cicah sos taknak, entah apa agaknya rasa bila makan raw gitu je.
Harga makan di sini not bad juga. Jadi mahal sebab maknya gatal nak ambil platter bagai. Total kami haritu adalah RM171++.
Kat luar kedai, Khilfi kata dia dah nak hampir sama tinggi dengan kakak. Ok...bolehlah. Lagipun kasut kakak tu macam agak tinggi. Sikit lagi je abang.
Dan tetiba, yang kecik pun taknak kalah. Dia pun kata dah nak sama tinggi dengan kakak. Kita ye kan ajalah. Biar gambar jelah yang buktikan.
Selesai makan, budak-budak nak ke kedai buku "kayangan" kat atas ni pastu jomlah kita jenjalan ke Port Dickson pulak. Dah alang-alang cuti ni kan.
9 Comments
semua nampak sedap! MZ suka menu2 gini cuma mr hubby la tak gemar..so MZ akan mkn tempat2 gini dgn my boys jer
ReplyDeleteSedapnya menu Vietnam ni.
ReplyDeleteYang lain nampak segar sup-sup ammi punya sorang yang lain ya. ammi makin kecik si kakak makin membesar tinggi betul dia
ReplyDeleteaku pun nak makan kat shabuyaki tu but panjang nya que nya..emm...
ReplyDeleteHari tu MyViets ni penuh...akak pi Tea Garden pun penuh...sudahnya ke Sendayan...next nak makan kat MyViets tu la..awak racun kita plak erkkkkk
ReplyDeletesedapkan ammi myviets..kami pun hati dah melekat dekat kueh tiow myviets,setakat ni tak cari lain dah haha
ReplyDeleteelok makan sup untuk abah yang demam tu...
ReplyDeletemeriah menu Vietnam ye ammi, nampak sedap platter tu :)
ReplyDeleteBerkenan tengok pho tu. Menarik.
ReplyDelete