Dah hampir 3 hari ammi demam since Khamis tapi semalam yang paling teruklah rasanya. Setiap 4 jam ammi menggigil sejuk pakej dengan sakit kepala, sakit badan, lenguh kaki bagai. Makan ubat pastu berpeluh macam baru lepas jogging pastu karang sejuk balik. Tak faham betul.
Abah ada kerja di Shah Alam sampai malam ni (time bini sakitlah pulak dia kena outstationkan). Malam semalam ammi mintak along ammi bawak Alip gi dinner. Ammi nak panaskan lauk pun rasa tak larat. Ammi makan roti pastu minum air suam je sebab tak lalu betul tekak ni. Telan pun sebab taknak perut kosong.
Pagi tadi bangun pun macam masih dedar lagi. Lepas Subuh, makan roti makan ubat pastu baring jap. Cakap ngan Alip kalau lapar makan roti dengan peanut butter.
Dalam pukul 10 ammi terjaga dari tidur dengan lencunnya baju dek peluh. Rasa macam dah ada tenaga. Kita defrost ayam, ambil penyapu dan sapulah rumah. Bila rumah ada anak bulus ni macam2 aktiviti dorang ni.
Dalam fridge ada je lauk hari Khamis yang ammi masak, tapi lauk tu pedas. Biar jelah lauk tu bertapa kat situ. Kita masak lain yg simple-simple.
16 Comments
Moga Ammi lekas sembuh.
ReplyDeleteSy aritu seminggu. Dia bukan demam je, siap dgn package moody 😅😂. Sbb kepala rasa berat tapi dlm masa yg sama kena masak (tak masak lapo pulak, nak keluar beli malas).
La, demam jugak ke? PH pun demam gak ni, demam selsema since Jumaat.
ReplyDeleteSyafakillah dear 🤲🏻
Semoga Ammi segera sembuh. Tadi pergi blog Pn Hazel, PH pun tak sihat juga.
ReplyDeleteSemoga Ammi cepat sihat yer.
ReplyDeleteTake care, moga cepat sembuh.
ReplyDeleteSemuga cepat sembuh.
ReplyDeleteshafakillah. musim demam kot..ni my PA pun MC ari ni sbb satu famili dia demam
ReplyDeleteSemoga Amni lekas sihat ya. Jaga diri baik-baik
ReplyDeleteSemoga Amni lekas sembuh ya. Insya-Allah.
ReplyDeleteemoga cepat sembuh ye Ammi...risau la kalau bab- bab demam zaman sekarang ni...
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ya Ammi....
ReplyDeleteget well soon...walaupun tk sihat rajin juga masak tu
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh. Saya pun kalau demam suka makan sup dan menu berkuah macam ni.
ReplyDeleteharap2 dah sembuh
ReplyDeleteMacam sedang musim demam ini 😔. Ntah Krn cuaca tak baik atau Krn hal lain.
ReplyDeleteHarap2 saat ini kak Ammi dah sembuh yaa
Musim la sekarang ni...gws dear
ReplyDelete