Sambutan Hari Kanak-Kanak

Hari Jumaat lepas ada Sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah Alip.

Masa kita dulu hari Kanak-Kanak Sedunia bukan bulan 10 ke?  Dan dulu masa ammi sekolah rasanya hanya ada sambutan Hari Guru, Hari Kanak-Kanak.  Hari Kebangsaan setakat lukis poster je.  

Sekarang semua hari ada sambutannya.  Poning den.


Cikgu minta ibu bapa yang berkelapangan bawakan apa-apa untuk jamuan di kelas.   Memandangkan boss awal minggu dah bagi hint yang ammi boleh work from home Jumaat ni jadi tanyalah kat Alip apa dia nak bawa.  Katanya nak ammi buatkan Spagethi Carbonara.  Baru nak type ehhhh ada pulak ibu lain yang nak bawak menu tersebut.  Tukarlah.


Macaroni daging goreng.  Siap pesan kat Alip "kalau Cikgu Saras masuk nak makan cakap jangan ambil yang ini sebab ada beef tau".

Pastu, tang nak mengenakan pakaian bertema,  Ammi tanyalah dia "Alip nak jadi apa besar nanti?"  Bolehlah bawa gi sewa baju.  Sekali jawapan dia "Alip nak jadi football player".  Krik krik je mak ko dengar.  

Sungguh-sungguh katanya dia taknak sewa baju, nak pakai je jersey dia yang banyak-banyak kat rumah.  "Tapi Alip rasa nak pakai baju Ronaldo la"..


Hmmmm ramai rupanya yang bercita-cita nak jadi football player dalam kelas ni.  


Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak.  

Semalam baru bermula UASA untuk sekolah Alip.  Semoga dapat menjawab dengan baik.  Belum periksa lagi tapi dia dah bagi hint apa kalau dia dapat A semua untuk sekolah pagi.  Dia nak kasut bola baru.  Kalau A semua dia sekolah KAFA nak bola.

Eh memang sungguh nak jadi football player ke apa ni?  Taknakkkkkkkkkk.

Post a Comment

7 Comments

  1. meriah tu! zmn2 i dulu mcm tak ingat la psl sambutan2 gini hahah mcm tak de jerrrr

    ReplyDelete
  2. Alaaaa ammi ni...biar la dia nak jadi football player...make sure yang handsome..dan baik...bukan macam yang toootttt tu...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. betul ke tu nak jadi pemain bola? ke sbb senang nak cari baju? ehehehe

    ReplyDelete
  4. salam bw, lama xsinggah sini...sihat2 yer ammi

    ReplyDelete
  5. meriah sambutan hari kanak-kanak, menu kesukaan anak-anak tu Ammi

    ReplyDelete
  6. sekolah anak saya dah selesai UASA... ahad depan ni sambutan hari kanak kanak.. tema funky hats

    ReplyDelete
  7. Ada anak kawan memang sungguh nak jadi football player. Sekarang ni belajar kat Akademi Bola Mokhtar Dahari. Ada pelajaran dan training bola juga under Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

    ReplyDelete