Bila kau mudah teracun dan diracuni beginilah nasib kau. Nampak je nak beli, nampak je meronta-ronta hati nak beli. Tapi biasanya kalau benda tu murah-murah jelah. Kalau mahal kita tengok pastu skrol. Pastu patah balik tengok lagi, pastu skrol lagi. Gitu.
Ammi pernah beli set periuk Vantage dulu dengan jiran kakak ipar ammi. Beli yang bayar bulan-bulan tu sebab boleh tahan harganya. Ingat-ingat lupa ammi harganya, dalam RM800 gak kot. Tapi bila dah lama guna, macam dah nak terkopek lapisan non-stick kat periuk tu. Dah tak smooth permukaan periuk. Dia macam berbijik-bijik gitu. Macam dah tak berapa sihat untuk digunakan. Bila dah pindah balik Seremban, ammi pun dah tak guna set periuk ammi ni dan ammi guna periuk arwah mama mana yang adik-beradik lain taknak.
Haritu ammi tengok ada orang jual set periuk Dessini ni cuma RM98 je termasuk pos. Murahlah kan. Beli jelah. Ammi order hari Rabu pagi, hari Jumaat dah sampai. Tapi bersidai jelah barang ni kat luar sebab ammi demam sampai tak larat nak jalan hari Jumaat tu.
Hari Sabtu dah sihat sikit barulah keluar bawak masuk kotak. Ammi beli set periuk 5 beradik gini. Kata 12pcs.... yang ada 5 periuk dan penutup je. Hmmmmm kitchen gloves yang kononnya free gift tu pun termasuk dalam 12 tu rupanya.
Tapi kita taklah pilih warna purple ni uollls.
Ammi pilih hitam. Ringan nau dan agak nipis periuknya patutlah harga pun murah. Macam takut pulak nak masak atas dapur.
Abah tak ada, tapi gigih nak pasang sesiap penutupnya pastu ko blur macam mana nak pasang.
Memula pasang gini pastu bila tindih periuk dia jadi melelong-lelong pulak periuk yang di atas tu. Ishhh mesti salah ni. Buka balik.
Oh begini rupanya. Jenuh tau nak pasang walaupun cuma 5 je. Tapi pemegang pan tu tetap tak reti nak pasang. 18 kali ammi godek tak reti gak nak pasang. Yang tu kita tunggu abah jelah nanti.
Setakat harini ammi dah rasmikan 2 periuk. Ammi siap "season" periuk tu macam ala-ala orang "season" kuali biar tak melekat. Harap-harap tak melekatlah. Setakat ni ok je tak melekat mahu pun hangus. Ammi masak bubur dengan sambal. Kira luluslah tapi berapa lama jangka hayat periuk ni ntahlah.
Rasa Dessini yang jual di pasaraya taklah senipis yang di platform online. Sebab ammi biasa je beli yang di pasaraya untuk diberi sebagai hadiah orang kahwin dan harganya pun boleh tahan mahal.
12 Comments
kita beli jugak masa pkp dulu.selamat dah terkopek dalamnya lepas 3 tahun :)tu pun jarang2 guna masak atas dapur,biasa simpan lauk2 lepas masak je
ReplyDeletemehh beli periuk Amway wak ada jual nih., hehe
ReplyDeleteKIta tak ada periuk dessini ni tapi kalau pergi rumah2 adik-beradik dan beberapa rumah orang, kebanyakan ada periuk dessini ni.
ReplyDeleteDana pun baru beli jugak dessini yang corak ombak rindu 1 set, warna merah u.... i like betullah
ReplyDeletemurah tu xsmp rm100....byk juga dlm 1 box tu periuknya...slamat memasak guna periuk baru...kt umh ni ada blender yg brand dessini
ReplyDeleteYe saya la penerima hadiah periuk dari Ammi tu...warna biru..sampai sekarang masih tahan dan digunakan..fav periuk untuk masak gulai
ReplyDeleteDapat satu set farewell gift 3 tahun lepas masa pindah ke Kuantan. Belum guna ada dalam stor :)
ReplyDeleteorg suka beli sebab cantik kot..hihihi
ReplyDeletebrand no famous jugak! MZ suka jer periuk pinggan mangkuk etc cuma dh tak de space la kabinet kat rumah ni kecik dan padat penuh sudaaaa
ReplyDeleteTerkadang saya sebal juga kalo beli cookware macam nih, disebut 12 pcs, tp ternyata Ama tutupnya pula 🤣🤣.
ReplyDeleteBuat masak gulai bagus ni.
ReplyDeletebrg2 klu beli dr smnjng smua mur mur..dtg mai sbh mahal btul sha mmg nak beli priuk ni tp tu la mahal..nak yg pink tu ihihih doakan sha murah rezeki tau
ReplyDelete