Yang ditunggu dah tiba

Semalam ammi diberi off oleh boss sebab ammi batuk teruk.  Sebenarnya boss suruh takyah datang Selasa, Rabu dan Khamis.  Jumaat ammi perlu datang sebab next week boss tak ada di office seminggu.  Tapi Rabu ammi datanglah juga sebab ammi dah set appointment dengan budak yang nak hantar barang.  Dia punya delivery tiap Rabu je.  Rabu depan cuti Christmas pulak.  

Mummy Ayu ajak dating semalam pun ammi terpaksa tolak sebab risau nanti MA tak selesa pulak ammi terbatuk-batuk.  Batuk sampai sakit kat tulang rusuk tu.  

Bangun pagi siapkan sarapan Alip ke sekolah, pastu kemaslah apa yang patut.  Pasangkan cadar bilik anak dara sebab sepanjang dia tak ada ammi memang cabut je cadar tu.  Togel je.  Bilik tu pun memang bertutup sebab kalau tak tutup confirm adik-adik bulu dia panjat loteng buat onar kat atas tu.

Dalam pukul 4.40pm kami keluar rumah.  ETS dijangka sampai jam 4.52 petang.  Sampai je nampak ETS dari Gemas dah sampai.  Sorang demi sorang budak SESS yang turun di Seremban dah keluar.  Ammi masih belum nampak bayang anak.  

Hati risau ni...kotlah dia tertidur dalam train dan geng Seremban tak perasan.  Stesen KTM Seremban sedang dalam renovation, jadi memang tak nampak apa pun.  Semua bertutup dengan plywood.  

Kejap tu baru nampak satu tudung hitam berjalan....dan yeeeee itulah anak yang ditunggu-tunggu.  Bawak beg besar rupanya.


Dia tak perasan ammi pun masa ni.


Sekali bila dah nampak lebar terus senyuman.  Alahaiiiii anak ammi.  Rindunya dengan kamu.  Bukan main berat lagi luggage dia.  Dia angkut bawak balik buku-buku yang dah tak pakai.  

Lepas jemput Kyra kami jemput Alip pulak di sekolah.  Dia nampak je muka kakak, lebar betul senyum.  Ammi tak capture pulak moment dia masuk kereta peluk kakak.  Kalau dengan abang pun dia peluk gini confirm ammi yang akan nangis.

Petang nanti insyaallah akan lengkap keluarga kami.  

Post a Comment

5 Comments

  1. bila nampak ammi, br senyum lebar.. kalau x masam jer mukanya

    ReplyDelete
  2. best dpt berkumpul semula tu. have a nice day ammi and kids!

    ReplyDelete
  3. nieyl pun hari ni start batuk...
    gatal je tekak ni...
    semoga ammi cepat sihat okay

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...riuh rumah cuti seminggu...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...seronok bila berkumpul semua ada kann...
    Tu la, sian x sihat...in sya Allah..next time key

    ReplyDelete