Lama dah tak ambil gambar apa yang encik suami masakkan untuk dinner setiap hari. Kadang-kadang lauk dia sama je (ehhhhh sekurang-kurangnya dia berkejar-kejar masakkan untuk ko).
Ini lauk yang abah masak Jumaat lepas. Yes, ammi kerja sebab ada kerja yang memerlukan untuk ammi bekerja di office.
Masa on the way balik tu abah tanya, nak masak apa. Dan ammi jawab "apa-apa jelah". Pastu sejam kemudian ammi cakap "kalau malas masak kita makan luar jelah, tapi nak makan kueh tiow goreng sedap". Dan abah reply kata "dah nak siap masak dah pun. Huhuhu.
Sup sayur
Daging goreng kunyit. Nampak macam kering tapi juicy wehhh. Camna abah buat? Nak tanya malu pulak. Ahakss.
Yang best, ammi ingatkan ammi ambil kacang panjang. Laju je kunyah sekali cili padi korang. Tersedak kepedasan terus.
Telur mata bersambal.
Sambal ni sebenarnya ammi buat dah nak hampir sebulan. Kononnya nak jadikan sambal ikan bilis tapi memang taklah korang. Pedas sungguh sambal ni. Pedas yang abah pun kata pedas. So, ammi frozenkan, dan abah pakai sikit-sikit buat rencah, buat telur camni. Ammi mampu cuit sikit-sikit je.
Dan masa ammi tengah buat entri ni ammi terbayang-bayang nak makan creamy meatball spaghetti macam kat gambar ni...
Nak suruh abah masakkan menu macam ni memang lambat lagilah sebab ini bukan forte abah.
9 Comments
creamy meatball tu cuba send ke abah..sure die akn cuba masak utk isteri tercinta
ReplyDeleteRajin abah masak dah, tak dapat la Ammi makan kuey teow goreng, hihi.
ReplyDeleteSedapnya sup sayur tu ha...daging goreng kunyit tu pun....look really yummy...kalau la Abang Haidy awak pandai masak kan best.....
ReplyDeleteMasyaa Allah, kalah kak ana ni masak macam2 suami ammi , nampak sedap2 semuanya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Yang paling best, bila suami boleh diharap untuk masak... Bahagianya rasa... Masa kerja dekat ofis lama, akak nie suami isteri pandai masak.. Husband dia pencen askar jugak, so hari kerja.. Memang husband dia masak... Seronoknya...
ReplyDeleteUntung suami pandai masak ni boleh relax sikit bila penat balik kerja. Suami Cie tak pandai masak. Kalau tak larat masak kena tapau la jawabnya.
ReplyDeleteSeronoknya suami pandai masak....best hehe
ReplyDeleteKat rumah CUya pon tak masak western sebab ibu ayah tak makan sangat western
Cuya je peminat western, so takde la masak
Hehe suami kita pun fav masak telur sambal macam tu. Siap awal kawin ajar saya resepi makanan fav dia ni. Haha kenapa eh. Majoriti lelaki suka makan telur sambal ni la.. 😆
ReplyDeletePandailah abah masak daging goreng kunyit tu. PH surrender masak² daging ni kecuali guna PC.
ReplyDelete