Isnin minggu lepas (13.1.2025) ada hari penyampaian hadiah di sekolah Alip. Tahun ni dia kurang menyerlah masa peperiksaan sekolah agama. Tapi ammi maafkanlah juga sebab masa minggu peperiksaan tu dia memang tak sihat. Ada 2 hari dia MC sebab dia memang tak larat. Ada sekali tu dia ambil juga periksa sebab dia tak call abah masa dia muntah-muntah di sekolah.
Takpelah..tahun depan cuba fokus lagi dan dapatkan balik apa yang awak pernah dapat masa darjah 3 dulu. Saingan dalam kelas agama dia pusing-pusing orang yang sama juga. Dan tahun depan juga nak UPKK.
Untuk periksa sekolah kebangsaan, tahun lepas tak ada periksa sebab Tahap 1 memang tiada periksa. Tahun ni jawab periksa dalam keadaan tak sihat. Dia MC hari Selasa dan Rabu, hari Khamis dia naik sekolah cikgu bagi je dia jawab 4 papers sekali gus dan lepas jawab periksa tu dia muntah lagi. Ahaksss...cikgu ni pun. Tapi tak apalah, benda dah jadi.
Ammi balik kerja, ammi tengok dia letak sijil dan hadiah ni atas katil ammi.
Ammi: Ehhh, 1 je coklat dalam bouquet ni?
Alip: Ada banyak tadi, tapi Alip lapar sangat, alip dah makan.
Ammi: Lapar sangat? Abah tak bagi duit belanja ke?
Alip: Bagi, pagi sarapan nasi lemak, pastu masa rehat makan nasi lemak ayam.
Ammi: Abihhhh camna boleh lapar sangat?
Tu bukan lapar sangat, tu tak tahan melihat coklat namanya tu nak oiiiiii. Kesian "lapar" tu dipersalahkan.
Tahun ni sekolah Alip ni kurang bajet kot. Tahun lepas ada hadiah pencapaian terbaik setiap matapelajaran tapi tahun ni tak ada.
13 Comments
congrats and all the best alip!
ReplyDeleteAduiiii, Alip. Kenyang ke makan coklat tu? Hahaha.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah juga untuk hadiah alip...
ReplyDeleteSebab tu la kita ni as a mom xde tokoh jadi pendidik...asyik bertukar jadi singa ngan serigala..blom tgok akak lagi tu...
ReplyDeleteTahniah alip!
ReplyDeleteBoleh geng dgn Angah skrg, gelap gelita kulitnya. Kuat main panas kat asrama. Tengah hari pun bantai main bola 😇
tahniah alip..
ReplyDeletetahun ni lebih fokus okay..
semoga sentiasa sihat dan boleh fokus dalam pelajaran...
Tahniah Alip.. dalam keadaan yang tak sihat pun dapat banyak A.
ReplyDeleteNaik sekolah fokus UPKK pulak.
tahniahhh Alip! takpe tahun boleh fokus lebih hehe
ReplyDeletealhamdulillah..congrats Alip!!!
ReplyDeleteTahniah, Alip! Dan tahniah, Ammi.. semoga dapat terus cemerlang..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah alipp.. semoga kejayaan berterusan :D
ReplyDeleteI feel you kakaaaak 😂. Saya nih akui tak sabar dalam mengajar. Saya selalu bilang ke anak, mami cuma bagi 3x menjelaskan. Kalo tetep tak paham, jangan salahkan mami jadi singa 🤣
ReplyDeleteMakanya saya menyerah. Tugas mengajar biasa nya papi mereka yg ajar. Krn lebih sabaaar sangat.
Terkadang mood saya lagi baik, sedetik kemudian berubah hanya Krn mereka tak paham yg di ajar, itu possible dan sering sangat terjadi 😂
Anak bongsu memang istimewa!
ReplyDelete