Anak ke-4 kami

Sejak 10 tahun lepas kami memang ada anak ke4.  Sedari usia dia dah pandai meminta-minta nak tidur rumah sedara, memang rumah ammilah tempat dia tuju sebab kat rumah ammi ada dia punya "best cousin".  

Hari Ahad masa kami on the way balik dari Johor, dari pagi ammi bertukar whatsapp dengan dia.  Dia dah tak sabar nak datang rumah.  Kekejap tanya ammi kat mana, ammi sampai pukul berapa.



Dia ambil gambar kata dia dah on the way dari KL nak ke Seremban.  Siap suruh rahsiakan dari Alip lagi.  Surpriselah tu kononnya.  hahahha...kelakarlah awak ni dadek.


Isnin abah bawa anak bujang bertiga gi main bola di padang.  Memang itulah yang dia tunggu-tunggu.


Main tetap main, sehari buat satu karangan itu syaratnya.  Masalahnya, punyalah banyak meja kat rumah ammi, memang kene belajar menonggeng-nonggent gini juga ek korang?

Hari Jumaat ammi balik dari office, beriya dua sepupu ni bukakkan pintu, mereport macam biasa.  Lepas solat maghrib, Kyra dan Khilfi tengah siap-siapkan makanan atas meja, eh dia dah start berpeluh-peluh.  "Saya rasa macam nak muntah ammi".  Kejap tu berlarian dia masuk toilet dan muntah.  Ehhhh kenapa pulak dah.

Abah pakaikan minyak aromaterapi kat kepala dia, urut-urut sikit, dia kata taknak makan.  Dia nak baring.  Senyap jap rumah dalam 25 minit.  Jarang-jarang berlaku ni.  Lepas semua dah selesai makan dan mengemas baru ammi dengar suara dia.  Ahhh lega.

Ammi:  Nak makan nasi tak?
Dadek:  Taknak, tak ada selera.
Ammi:  Burger?
Dadek:  Dia geleng
Ammi:  Maggi?
Dadek:  Boleh je.  

Hahahhaha...patutlah dah seminggu dia tak makan maggi sejak duduk kat rumah ammi.




Ammi buat 2 bungkus terus sebab yang sorang lagi yang dah lepas dinner pun ngendeng-ngendeng juga.  


"Ammi nak ke maggi ni?"... Bila ammi jawab tak je, terus dia tarik periuk ni dah hirup sup tu.  Senduk pun senduklah.  

Hari Sabtu kami ada hari keluarga di Melaka.  Mama Papa dia pun ada dan dah ready nak jemput anak bongsu dorang balik.  Ehhhh sekali dia taknak balik.  



Minggu depan dia pulak nak bawak Alip balik rumah dia.  

Umur sama tapi dadek nampak besar, alip nampak alahaiiii halus je

Post a Comment

6 Comments

  1. Aduhai...sabar jer la kan..Alip makan bnyak sikit plis...bia sama besar si dadek..dia dah seronok la tu sampai x nak balik erk..

    ReplyDelete
  2. meriah la rumah yer..
    terus tarik periuk kannn..ha ha ha

    ReplyDelete
  3. lah, takkan sebab maggi kot...hihihi...

    ReplyDelete
  4. kadang2 seronok kalau anak buah sesekali datang ke rumah kan...

    ReplyDelete
  5. Sebaya ye?
    Seronoklah Alip ada geng 👍🏻

    ReplyDelete
  6. lain anak lain ragam nya hehehh :)

    ReplyDelete