Ini kejadian hari Jumaat 27.12.2024. Ammi ingat yang ammi ada snap gambar anak-anak buat sarapan pagi tapi dalam phone ammi tak ada. Rupanya ammi ambil gambar guna phone abah.
Malam sebelumnya ammi dah cakap kat anak-anak ammi nak rasa anak buat sarapan pagi. Tak kisahlah sarapan apa pun. Dan Kyra suggest nak buat wrap dan Khilfi pun sokong. Ok, lepas dinner di Taman Marida tu jomlah terus kita ke ST Rosyam cari barang. Lagi pun ammi memang nak stock up barang dalam freezer tu. Banyak barang dah habis ammi masak masa pergi camping haritu.
Barang nak buat wrap semua dipilih oleh Kyra & Khilfi. Tapi ammi cakap juga, "jangan main sedap letak dalam troli, tengok harga sekali".
Ammi tak kacau pun dorang buat kerja di dapur, pandai-pandai koranglah janji kemas dan basuh bersih. Kyra buat bahagian potong-potong, marinate bagai dan Khilfi buat bahagian grill. Sampai kejung roti wrap tu dia grill. huhuhu.
Tu dia...tangan siap masuk dalam poket yang tak tahan tu. Tu tengah grill ayam dan chicken ham. Rasanya selalu chicken ham tu dicelur-celur je kan? Ke ada yg grill?
Ammi ingat dia siapkan terus, tapi dia buat hidangan camni. Katanya, ambil ikut kesesuaian sendiri. Ok fine. Raga tapis sayur pun naik meja ye. Hebattttt.
Epal hijau tu Kyra yang request tapi adoiiii punyalah masam. Esoknya dia balik asrama ammi basuhkan siap-siap semua buah yang belum berpotong, siap lap bagai dan ammi cakap kat dia "bagilah kat kawan-kawan asrama yang makan epal masam". Kalau dudukkan epal tu dalam peti ais confirm lembik gitu je nanti.
Pinggan abah kot. Budak-budak memang grill ngam-ngam 5 je roti tu. Ehhh lauk bukan main banyak, roti 5 je? Kedekut betul.
Kalau ada Khilfi tomato tu memang kena ada. Dari kecik suka betul dia makan cherry tomato ni. Tau-tau habis je dari kotak tomato sebab tu kalau beli ammi akan basuh siap-siap dan masukkan balik dalam box dia sebab dia suka meratah.
Next cuti penggal nanti macam nak suruh dorang berduet atau bertrio buat mee goreng ke, masak lauk tengahari ke. Amacam setuju?
Selesai makan pagi yang lelaki sibuk basuh ground sheet. Balik dari camping tak sempat nak basuh.
Mujur juga Jumaat tu cuaca agak panas. Cepat keringnya. Dah kering, lipat cun-cun dan simpan ditempat yang sesuai supaya tidak dikencing oleh kucing-kucing jantan ntah sapa punya yang suka je datang melepak kat depan porch ni. Tumpang rehat je oklah kucing oooiii, yang korang suka tembak sana sini dah kenapa?
14 Comments
Seronok bila anak anak dah boleh tlg banyak benda... Ok makan breakfast healthy mcm ni :D
ReplyDeleteOh, ini namanya Wrap DIY, hihi.
ReplyDeleteSeronok anak-anak suka masuk dapur. Pelan-pelan tambah menu. Lama-lama nanti boleh masak untuk family.
ReplyDeleteSeronok anak-anak suka masuk dapur. Pelan-pelan tambah menu. Lama-lama nanti boleh masak untuk family.
ReplyDeleteKonsepnya diy 😆. Letak ikut selera memasing.
ReplyDeletedah besar2 anaknye, bolehla ammi gantung periuk sari atau dua hari.. mintak dioprg plak masakkan.. yumm yumm yumm.. lady si kakak br 11 thn, boleh masak n makan tp bhgian kemas dapur tu ldy x sanggup nak hadap.. :P :P :P
ReplyDeleteomaknya suka laaa dah ada yg boleh sediakan sarapan nanti hehehe
ReplyDeletebila anak-anak dah pandai masuk dapur hehe
ReplyDeleteBagusnya anak² Ammi.. Alhamdulillah! Memudahkan urusan emaknya bnyk menolong.. Syukur! Sejuk perut Ammi.. Stylo lah tu msk sambil tgn masuk poket yekkkk.. Hihihihi!
ReplyDeleteHahah gaya macam masterchef habis dah tu masuk tangan dalam poket ehh!
ReplyDeletePrefer lagi style diy cmni, boleh letak daging n sos banyak2 ikut suka kan
Hebat masing² 👍🏻
ReplyDeleteLega banyak bila anak² dah boleh masuk dapur.
PH pun cuti panjang ni mmg nak suh anak⁴ masuk dapur.
Tudiaaa...bagus macam ni...nanti next week nak suruh Dania plak la...hahahahha..part meng grill tangan masuk poket tu tak leh tahan..control macho ke apa
ReplyDeletebesh tu dh ada chef2 kecik take over dapur :)
ReplyDeleteBagus la tu. Boleh customize wrap ikut selera masing-masing. Dah boleh harap dah tu, sediakan sarapan untuk keluarga. :)
ReplyDelete