Hari Khamis hari untuk campak belakang jadi marilah kita campak belakang ikut pada apa yang Facebook tolong kita ingatkan.
Kejadian 1.1.2019, dikala anakanda dalam gambar berusia 4 tahun setengah.
Anak itu demam di kala itu. Tapi ammi pun tak faham kenapa ayat yang digariskan itu yang bagi impak. Yang bukan-bukan je ammi ni kan. Anak demam pun ko buat gurau-gurau ek. Biasa betul dia ni.
Tapi kejap je demamnya. Berdasarkan rekod (cehhh rekod katanya) dari Google Photos, malam tu masa ammi balut-balut buku sekolah anak dia dah menyanyi, pura-pura membaca padahal apa bunyi yang keluar pun ntah.
Dan kejadian yang benar-benar berlaku 9.1.2019 adalah ammi serah diri ke HUKM (ini yang paling dekat dengan rumah masa itu) sebab berlakunya palpitation sampai ammi berpeluh-peluh. Dah berkali-kali kejadian ni berlaku since 2013 dan ammi pernah juga ke hospital swasta tahun 2013 tu tapi lepas dapat tahu ammi pregnantkan budak di atas ammi stop dari terima rawatan. Tapi masa ammi bersalinkan Khalif dalam dewan bedah memang ada doctor jantung yang standby sebabnya reading jantung ammi macam tak cantik. Sebab itulah bill masa beranakkan budak ni mahal sikit. Yelah nak bayar fee doctor bius, doctor O&G dan tambahan doctor jantung pulak.
Masa buat ECG ni rasanya heartbeat was normal tapi Doctor yang review kata graph agak kurang cantik dan nampak macam ada heart attack.
Aha...i bukan 35 masa tu. I was 40. Dan dari bacaan graph dorang nampak juga ada simptom WPW iaitu Wolff Parkinson White Syndrome tapi belum difinalizekan lagi dan HUKM bagilah ammi refer letter untuk ke Hospital Serdang sebab katanya kepakaran Serdang dalam bahagian Cardio lebih baik.
Dan bermulalah episod kena sidai di Hospital Serdang setiap kali ada appointment. Tapi Alhamdulillah, cepat juga ammi dapat giliran untuk buat proses RFA tu sebab ammi cuba "deal" dengan bahagian yang masukkan tarikh dalam sistem. Doctor yang suggest untuk terus ke bahagian set appointment, kita ikut jelah cadangan doctor.
Ok done flashback.
5 Comments
sy lama x jenguk memories di fb tu... dlu masa rajin, mmg suka buat TBT
ReplyDeletesaya memang suka baca my tb kat fb.. heheh kenangan zmn silam gitew
ReplyDeletedemam tak sabar nak pergi ke sekolah ke tu? ;-)
ReplyDeleteSuka juga baca tb lama-lama. Kadang-kadang tengok gambar lama-lama terus teringat memori lama-lama.
ReplyDeletebetull lar, kat fb dia akan keluar ...sebagai ingatan ... cepat nyer masa berlalu kan ...
ReplyDelete