Drama menjemput anak

Hari Jumaat lepas adalah yang paling dinanti-nanti oleh hampir semua ibu ayah yang ada anak di asrama dan juga hari yang dinanti-nanti oleh anak-anak di asrama.

Abah dan Ammi plan dalam pukul 9.30 pagi baru nak keluar rumah sebab kita nak ambil Kyra dulu di Segamat then baru ke Ayer Keroh.  Sekolah Kyra benarkan anak diambil pukul 12 tengahari dan sekolah Khilfi pulak pukul 2 baru boleh ambil.  Plan asal ambil Khilfi, pastu ambil Kyra then lajak terus ke JB.  Tapi kita pusing kot lain pulak.

Tapi plan adalah plan.  We plan but Allah decides.  Pukul 11 pagi kami masih dirumah sebab pagi tu (dalam jam 9 pagi) tetiba abah kena pulled lower back muscle.  Nak tegak tak boleh, nak bongkok tak boleh, jadi seram sejuk badan, tetiba cirit-birit, kencing tak lawas semualah.  Bila abah jadi macam ni, ammi pun seram sejuk juga fikir apa boleh ammi buat kalau kata abah tak larat nak ambil anak-anak.  

Ammi pun cari solusi pantas di google.  Dorang suruh letak cool pack.  Ammi pun letak, try massage manja-manja je dan bagi juga makan panadol extend.  Nak bagi muscle relaxant nanti memang abah tak bergeraklah sebab ubat tu mengantuk.  Dalam pukul 11 lebih bila dah selesa sikit kami gerak.  Singgah pharmacy beli hot patch, cold patch, segala bendalah ammi beli.  Nak jadi nurse disebelah barang perlu lengkap.  Ahakss.

Dekat pukul 1.30pm juga kami sampai di Segamat selepas beberapa kali stop sebab abah nak memerut (abah terpaksalah skip solat Jumaat, sebab dah alang-alang musafir dan nak menahan sakit perut).  Sebelum sampai sekolah Kyra jumpa satu petrol station, ammi suruh abah stop, ammi belikan pil chi kit teck aun.  Kita ikhtiarlah mana yang boleh.

Daripada Segamat terus shoot ke Ayer Keroh nak ambil si bujang pulak.  Dia beriya kejar bus nombor 1 masa balik dari solat Jumaat tapi lepas round terakhir pun kami tak sampai lagi.  Kesian dia terpaksa tunggu lama.


Akhirnya, hampir jam 3.30 petang baru sampai di Ayer Keroh.  Jam boleh tahan nak naik ke bukit sekolah ni.  Sampai kat sini baru nampak abah dah sihat.  Abah dah boleh susun barang-barang anak dalam kereta, susun kat dalam storage box atas kereta.  Dah tak ada episod "menziarahi" tandas lagi dah.


Dan akhirnya, lengkaplah kami berlima.  Disebabkan abah dah rasa sihat, plan asal nak ke Johor Bahru diteruskan.  Walaupun berpusing dari N9 - Segamat - Melaka - Johor Bahru.  Tak apalah...lagi pun kalau dari Segamat nak ke JB tu kena lalu jalan kampung je kan?  Dari Melaka at least lalu highway.

Ammi check jarak dari Segamat ke JB dalam 180km.  Jarak dari Ayer Keroh ke JB dalam 201km.  Plus minus gitu jelah.


Dalam kereta tetiba Khilfi tanya "kita tak makan ke?"... dia ni rupanya tahan perut daripada lunch sebab kononnya nak lunch dengan kitorang.  Alahaiiii, ingatkan dia dah lunch.  Kyra dah lunch di sekolah.  Abah, Ammi dan Alip makan ringan-ringan je alas perut masa nak ambil Kyra tadi.  So, kita berhentilah di stesen minyak berhampiran.  Belikan dia alas perut juga.  Sebab abah plan kita makan di R&R Pagoh je.


Kami order mee kari, fish & chip, nasi lemak dan ramen chic chop.  

Lepas makan Kyra & Khilfi solat Asar, kami bertiga buat solat Jamak dan kita teruskanlah perjalanan ke Johor Bahru.  Kakak ipar (kaklang) ammi kejap-kejap dah call tanya lokasi sebab dia risau.  Hari hujan, dengan adiknya tak sihat sangat.


Alhamdulillah..sekitar jam 7.45 malam kami sampai dirumah Kak Lang di Taman Daya.  Kita dinner di rumah Kaklang, mandi-mandi, solat dan tau-tau "hilang".

Begitulah drama tak dijangka kami hari Jumaat lepas.  Semoga Abah sihat sentiasa.  Terus rasa macam "ehhhhh awak bagilah saya belajar bawak kereta balik"... 17 tahun dah pegang lesen Agung ni.  Penat renew tau.

Post a Comment

6 Comments

  1. alhamdulillah syukur ur hubby cepat recover tu...errr rasanya u kena jugak asah driving skills tu esp utk time emergency kan

    ReplyDelete
  2. Laa.. bawa kereta dalam kesulitan. Nak memerut selalu tu, terseksa juga. Alhamdulillah, selamat juga ambil anak-anak. Kenapa Ammi tak drive, kalau ada lesen? Mintak maap ye. (mode nyibuk) :D

    ReplyDelete
  3. Memang kena ada 2nd pilot kalau jalan jauh macam ni.

    ReplyDelete
  4. Oh, dah sampai JB dia. Betul, Segamat - JB, Melaka -JB, masa perjalanannya lebih kurang aje tapi dr Segamat lagi penat kot. Ada kawan kita org Segamat, dia ambil ubat mak dia di Hospital Melaka sbb Melaka lagi dekat dgn Segamat banding JB. Tapi, dr Segamat smpi JB taklah jalan kampung semua, boleh keluar highway kat Yong Peng & terus ke JB ikut hgway.

    ReplyDelete
  5. orang lelaki mana nak bagi org perempuan bawak keta....alhamdulillah walau plan berganjak dari asal..tetap la selamat sampai...semoga Abah xde pape ye...

    ReplyDelete
  6. andaikata mmg betul2 x sihat dan x larat nak drive ms tu, jd anak2 kena balik sendiri ke?

    ReplyDelete