Jumaat lepas ammi work from home. Lagi pun awal tahun ni macam kurang sikit kerja, semua jenis yang boleh siap sekejap je. Tunggu jelah bulan depan, menangisss.
Lepas hantar Alip ke sekolah, Abah ajak ammi ke Ampangan. Nak gi sarapan nasi kerabu. Abah pun taktau kedai tu kat mana sebenarnya. Ammi rasa kedai yang Mummy Ayu selalu gi beli tu kot. Pusing 3-4 kali belakang UTC Ampangan tu. Ammi bukaklah tiktok mencari. Hmmmm sah kedai tu ada tapi dia tutup. Tutup hari Jumaat kot. Nasi Kerabu Ulong Kocik namo eh.
Kalau hari Sabtu Ahad dia ada lemak bakar katanya. Ammi ni tak boleh bayangkan apa rasa lemak bakar tu. Lepas makan tu perlu lari pusing satu Ampangan ke camna ntah.
Disebabkan tak ada nasi kerabu, abah pergi je lah ke Pasar Ampangan tu cari ayam dan daging. Ammi? Duduk je dalam kereta acah-acah princess sebab malas nak berlaga-laga dengan orang.
Kami ke Kedai Makan Bawah Pokok Dusun Nyior yang menyajikan makanan style utara.
Abah makan mihun sup
Ammi makan mihun kari. Request mee dapat mihun. Belasah jelah. Ada sekali tu aban makan kat mee kari kat sini sedap sangat rasanya, tapi kalini hmmm sikit. Tapi bolehlah makan cuma kuranglah kicknya tu banding dengan yang dulu. Yelah kita kat rumah pun masak belum tentu dapat rasa yang sama tiap kali kita masak.
Selesai sarapan, Abah hantar ammi balik dan abah buat kerja abah. Ammi kemas-kemaslah apa yang patut dan bila tiba masa nak masak, ehhhhh mano cili? Sebijik cili pun tak ada. Nak kena babab tukang masak harian ni. Cili tak ada dia tak top up pun.
Sudahnya masak jelah daging belengas yang viral kat TikTok tu. Kacang panjang tak ada kita hiris je sweet peas yang ada biar nampak dia ramai kat dalam tu. Carrot pun tak ada kita masukkan je cherry tomato.
Alip kata markah ammi 9/10. Lagi satu tu hilang sebab ada rasa pedas sikit. Aterrr mak ko letak cili flakes, letak sos black pepper, letak pulak halia hiris. Konsep masakan kita letak je apa nak letak janji dia belengas.
Goreng bendi pecah telur. Yang ini dia bagi 10/10 sebab bendi antara sayur kesukaan dia.
Petang tu kononnya nak ziarah pakcik dan makcik ammi. Tapi eh hujan lebatlah pulak. Kita buat projek kemas-kemas rak buku dak Alip je dahlah.
1 Comments
Baru tau ada menu daging belengas.
ReplyDeleteBiasa guna belengas untuk lekit berpeluh je 😅