Hadiah online saja

Minggu lepas Kyra call dari asrama.


Kyra: Assalamualaikum ammiku yang terpaling dicintai. (lain macam ayat bodek).
Ammi: Waalaikumsalam. Amboiii nak apa sebenarnya ni?
Kyra: Ammi macam tau je kakak nak sesuatu.
Ammi: Awak anak ammi, nada lain sikit je ammi dah tau ada sesuatu.


Masa cuti seminggu tu dia lupa nak carikan hadiah untuk cikgu kelas dia sempena majlis akhir tahun.  Dia minta ammi carikan apa-apa yang warna kuning sebab cikgu kelasnya merangkap cikgu Kimia suka warna kuning.  

Adoiiii bab beli hadiah mmg mak ko ni fail anak ooi.  Cari yang kuning, eh apsal semua nampak buruk je dimata ammi.

Jadi ammi belikanlah set tudung je untuk cikgunya, didatangkan dalam kotak yang dah sedia ada cantik dan brooch bagailah.  Kira oklah tu.  


Dua hari kemudian dia call lagi tanya, "ammi dah belikan ke hadiah untuk cikgu dan kawan?".  Ammi macam "ehhhh haritu kata cikgu, did you say for your friend as well?"... "Adalah ammi, ammi ingat tak kakak cakap pasal hadiah chasing santa tu?"... hmmmm mak ko memang mudah lupa.  

Tapi hadiah untuk kawan tu tak tau dapat kat siapa.  Nanti masa majlis hadiah akan bertukar secara random.  Jadi dia suggest nak chocolate box je.  Gigih tau tengah malam mak ko scroll tiktok cari hadiah.  



Selepas beberapa hari, semalam baru dia call semula.  Kata dia dah dapat 2-2 hadiah tu.  Kotak tu cantik sangat.  Alhamdulillah.

Hari ini Kyra dan 69 lagi kawan-kawannya ada lawatan sambil belajar ke UNITEN di Kajang.  Semoga selamat perjalanan pergi dan balik anak-anak SESS ini bersama guru pengiring mereka.   Semoga pakcik-pakcik driver bus diberikan kesegaran mata waktu memandu dan diberi kesihatan yang baik.


Post a Comment

4 Comments

  1. Sekarang senang kan...nak cari apa2 boleh je rujuk kat TT...sama la Kak SA....

    ReplyDelete
  2. kata manis mmg selalu ada makna 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Macam tu lah anak-anak mencari talian hayat.

    ReplyDelete
  4. Senang beli hadiah, online je. Kalau kena berhantor ke asrama, jenuh juga.

    ReplyDelete