Tahun ni Johor dah pun bertukar masuk ke Kumpulan B. Senang sikitlah nak manage cuti dengan anak-anak. Kalau tidak tu, kalau kami terpaksa hantar sendiri anak-anak balik ke asrama, hari Sabtu perlu hantar Kyra ke Segamat, esoknya baru kena hantar Khilfi di Melaka. Jadi kami perlu bermalam dimana-mana sehari tu. Ini satu pembaziran. Ahaksss.
Tapi biasanya kalau jadi kejadian gini (just incase Kyra tak naik ETS) kami akan bermalam ni mana-mana rumah adik abah di Melaka. Abah ada 3 adik yang menetap di Alor Gajah.
Untuk sesi 2025 anak-anak akan mula masuk kelas 17.02.2025
Kyra akan masuk Tingkatan 5. Aduhhh berdebar sungguh amminya ni. Inilah batch pertama ambil SPM tanpa UPSR. Come on batch Warriors24-25 Sekolah Menengah Sains Segamat. Korang batch pertama sekolah. Batch pioneer untuk sekolah SBP terpaling baby setakat 2025 ni. Kena set benchmark untuk juniors yang akan datang sebab takkan Alumni pertama SESS result tak cun kan?
Khilfi pula akan naik ke Tingkatan 3. Keputusan peperiksaan UASA pun masih belum dapat sepenuhnya. Semoga abang lebih fokus pada pelajaran. Pandai-pandai pilih kawan untuk belajar. Kurangkan bermain.
Khalif pula akan naik darjah 5. Tahun penentuan UPKK untuk dia. Dia target nak 9A. Katanya, kakak 7A, abang 8A, Alip mestilah kena 9A. Harap-harap target tu datang dengan usaha. Bukan semata target tapi asal suruh buka buku je muncung boleh buat sangkut kasut boot. Jangan liat sangat bila ammi suruh belajar.
Jadual perayaan pun dah ada.
Macam sekolah Kyra ni, dah ada dah parents yang dah beli tiket ETS untuk balik raya sebab risau tiket habis. Sekolah belum lagi putuskan bila tarikh sekolah akan mula bercuti untuk Hari Raya tapi parents beli berdasarkan jadual ni. Dorang beli tarikh 28.3.2025. Beli ni atas risiko sendiri. Ammi tak beli lagi untuk Kyra. Ammi pun rasa macam nak beli juga tapi macam nak tunggu kelulusan permohonan tiket konsesi. At least dapat 30% diskaun cun juga.
12 Comments
all the best utk anak2 kita semua :)
ReplyDeleteaku pun dah pesan ngan Ian..beli tiket balik raya cepat2....
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteSemoga yg baik je utk anak2 kita... Aamin2
ReplyDeleteDemi anak2... kita uruskan semua
ReplyDeleteSesak dada dah ni Ammi ooi...Abang ni takde significant improvement dr PPT ke UASA :(
ReplyDeleteDah F3 ye yg no 2 tu...Rasa cam baru lagi dia masuk mozac tu...
Boleh dah merancang apa2 bila dah ada jadual persekolahan.
ReplyDeleteAqil pun going to SPM Ammi ibu dia yg anxiety dia relaks je mcm x ada apa
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan di tahun 2025 ini amin .
ReplyDeleteFuh, terbaik mak. Everything dah tersusun dalam kepala. Salute buat mak-mak.
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang anak-anak.
Senang lepas ni bila dua-dua cuti dah sama. Lagi-lagi arah pun sama.
ReplyDeleteso sy nak bercuti sebelum 20/12 hahaha
ReplyDelete