Jangan buat ini pada duit KWSP anda

Rasanya hampir semua pekerja swasta di Malaysia ada mencarum KWSP.  At least adalah juga simpanan di masa tua nanti.  Jumlah terkumpul setiap orang berbeza ikut pada kadar gaji.  

Bila sampai usia kita boleh keluarkan semua duit KWSP kita, ingatlah memang itu duit kita dan suka hati kita apa kita nak buat dengan duit tu.  Tapi kalau boleh janganlah buat perkara-perkara dibawah ni terutamanya pada yang KWSPnya tak sampai pun RM300,000.00.  Pada yang simpanan KWSPnya tak habis makan sehingga akhir hayat, terpulanglah pada anda nak buat apa.  



Jangan renovasi rumah melampau-lampau

Tak perlulah rasanya nak renovate rumah sampai jadi macam istana.  Cukuplah sekadar baiki mana yang perlu, contohnya sistem paip bilik air perlu diperbetulkan, pagar automatik rumah perlu diganti baru, bumbung bocor perlu diganti.  


Jangan belanja sakan untuk kenduri kahwin

Bukan kenduri kahwin sendiri, kalau ini mencari nahas namanya.  Tak perlulah nak berhabisan buat majlis kahwin anak di hotel yang gah.  Majlis kahwin bukan untuk dipertandingkan.  Dulu abang long kawinkan anak kat hotel A, aku nak buat kat hotel B, nampak mewah sikit.  Noooo janganlah gitu.

Buat sekadar yang mampu sebab anak lebih memerlukan duit untuk memulakan kehidupan baru mereka.  


Jangan lupa bayar zakat simpanan

Haaa yang ini penting.  Itu duit simpanan yang perlu dizakatkan.  Salurkanlah ke tempat yang sepatutnya kerana dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.  Berhubunglah dengan pejabat zakat untuk pengiraan.  Barulah rasa tenang hidup tu nanti.

 


Jangan tamak masuk skim cepat kaya

Waktu-waktu kita tengah gemuk poket nilah ramai malaun akan telefon.  Entah dari mana mereka dapat info kita tengah "berduit" tu kan.  Rancanglah kewangan anda.  Jangan tamak.  Berbincanglah dulu dengan pasangan sebab "two heads are better than one".  Elakkanlah diri dari jadi mangsa "scam".


Jangan beri duit pada anak untuk bercuti

"Ni ayah transfer RM50,000 kat akaun kamu.  Bawaklah anak bini kamu pergi bercuti luar negara".  Semua orang sayang anak.  Mungkin masa anak kecil kita tak dapatkan nak hadiahkan percutian untuk mereka.  Sekali lagi, kalau KWSP kamu jenis yang "makan tak habis" lantaklah.  Ini yang KWSP sikit tapi baik nau hati nak memberi tak tentu pasal.  Ingat, lama lagi kita nak "hidup" dengan duit simpanan KWSP yang tak seberapa tu.

Mungkin duit yang ada tu bolehlah guna untuk bayar pakej haji sebab nak tunggu giliran kita mau sampai ketar lutut tak dapat-dapat.


Jangan samakan perbelanjaan kita dan orang lain

Yang ini penting.  Saudara sebelah isteri kau keluarkan KWSP beli kereta baru yang mahal sebab dia bersara jawatan besar.  Kau tak perlu nak "join" sebab kau bersara setakat kerani biasa je jadi guna jelah kereta apa yang selesa untuk kau dan pasangan bergerak ke sana kemari.  Faham?




Post a Comment

0 Comments