Hari Rabu Alhamdulillah kami suami isteri diberi kesempatan untuk berpuasa sempena 1 Rejab. Ammi bangun sahur sekitar jam 5 pagi dalam keadaan kepala yang macam pening sebab ammi rasa ini penangan ubat batuk dan ubat selsema yang ammi makan malam sebelumnya.
Pening satu hal, mengantuk tak hilang satu hal. Lepas je solat subuh, tak sempat mengaji apa ammi terus je tidur. Senang betul puasa ko ye Sharmila. Terjaga pukul 9 baru teringat, ehhhh kita ada anak bongsu yang tak berpuasa. Ammi bangun tengok dia tengah tengok TV kat ruang tamu.
Ammi buatkan dia wrap telur je. Pastu dia kata "Alip taknak air ammi, nanti alip minum air cuckoo je". Ehhh dah terikut perangai abang dia pulak sarapan pagi minum air suam.
Untuk berbuka ammi dah keluarkan daging dari freezer. Tapi tak ada idea nak masak apa. Masuk dapur dalam keadaan tak ada idea. Dah pukul 6 petang nak tunggu idea padiaaaaa Sharmila. Masak jelah apa-apa.
8 Comments
sweet potato tu nak rebus mcmn supaya x jadi lembik ammi?
ReplyDeleteammi tak rebus tapi kukus.
Deletebagusnya ammi puasa 1 rajab!
ReplyDeleteSweet potato ni kadang makan gitu pun sedap juga sbb dia dah sweet kan :)
ReplyDeletesedapnya daging berlado....sweet potato tu pn menarik...pernh mkn juga
ReplyDeleteMasih x sempat puasa lagi bulan rejab ni...dilanda x sihat ni kan..kena makan ubat...share la resepi daging goreng berlado tuh....
ReplyDeleteSelamat berpuasa bulan Rejab Ammi
ReplyDeleteSedapnya. Favourite kita ni!
ReplyDelete