Kenangan silam

Minggu lepas sebab kebosanan melayan hujan lebat dan tak sesuai untuk keluar jadi ammi pun kemas-kemaslah rak buku, kemas bag "harta pusaka" arwah mama.  Planning awal, petang nak pergi briskwalk di Kompleks Sukan sambil teman Alip bola.  

Masa awal mama meninggal kitorang adik-beradik check dokumen ala kadar je cari yang penting untuk diuruskan sebab masa tu semua orang tak sihatkan baru keluar hospital sebab Covid.  

Lepas tu hmmm terbiar gitu je.  Ternyata arwah mama orang yang hebat menyimpan.  Lepas tengok apa yang mama simpan menggelupur ammi gi cari buku rekod kesihatan anak yang 3 orang ni, surat-surat beranak.  Dah jumpa baru rasa legaaaaa.  Huhuhu.


Saya dah nak masuk 46 tahun dan rekod kesihatan saya masih ada disimpan.  Huhu.


Di tahun 1979 mereka masih menulis Isnin sebagai Ithnain.  Bila agaknya bertukar ke Isnin?  Ringan sangat ko ni Sharmila.  Arwah mama kata ammi anak yang paling ringan waktu dilahirkan.  Cuma 2.4kg je kot.  Dahlah ringan masa lahir, melalakkkkkk je 23 jam sehari.  Yang 1 jam tu sebab berjaya tidur.  Huhuhu...boleh bayangkan tak betapa stressnya arwah mama jaga anak yang kuat lalak.



Jumpa juga buku ni.  Mungkin dengan adanya buku ni arwah ayah ammi pun dapatlah taraf penduduk tetap di Malaysia.  Aca tak sempat guna kad pengenalan baru.  IC terakhir aca yang macam laminate tu dan ammi perasan di tengah IC ada garisan beralun warna merah sebab Aca cuma bertaraf Permanent Resident.  Tak boleh mengundi pun.  



Tulisan ni sama serupa dengan tulisan dalam surat beranak ammi.  Ammi masih ingat lagi tapi ammi ter'misplaced' surat beranak ammi jadi ammi buat cabutan surat beranak baru.  Nanti ammi nak cari lagi dalam beg ni kalau mama ada simpan salinan fotostat surat beranak lama ammi.  Memang ammi perasan sama sungguh tulisan ni.

Dalam buku ni Aca belum convert, jadi masihlah nama lama.  Aca convert tahun 1974.



Jumpa juga salasilah keluarga sebelah arwah mama.  Sampai di moyang ammi tiada lagi gelaran Radin.  Kenapa?  Entahlah hanya mereka yang tahu.

Banyak lagi koleksi zaman silam (ehhhh macam iklan Adabi pulak) yang ammi jumpa.  Tapi malas pulak nak snap sesatu.  Ralit nau ammi membaca.

Oklah...done berKLMJ.

Post a Comment

4 Comments

  1. Rekod kesihatan kanak² kita masih ada lagi, Ammi. Mak kita pun jenis yg simpan dokumen². Tapi adik-beradik lain tak pastilah ada ke tak. Mesti kagum kan tengok rekod kesihatan sendiri dari dalam perut, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Haah la..mana nak cari buku rawatan Dania agaknya...hahaha...matilanak mana diamnya...

    ReplyDelete
  3. Fuh! Rare semua dokumen ni Ammi.

    Umur kita tak jauh beza rupanya…saya lahir 78 😀

    ReplyDelete
  4. wahhh lama tu, akak pun x ada rekod kesihatan gitu. Kena simpan tu semua ammi, simpan utk kenangan anak cucu nanti..

    ReplyDelete