Last visiting 2024

Minggu lepas kakak guru besar (panggilan untuk sorang ibu dorm Khilfi) whatsapp ammi.  


Tak pasal-pasal nak dirotannya kita.  Auwww.

Ammi memang jarang pergi melawat atau bawa anak-anak outing.  Ammi pernah tanya anak-anak waktu dorang awal-awal di asrama dulu.  Sama ada nak ammi dan abah datang tiap 2 minggu ke macam mana.  

Kyra pernah masuk asrama KAA masa dia tingkatan 1 tapi asramanya cuma sebelah taman jelah.  Abah kalau datang jemput lepas solat Jumaat, pakai kain pelekat naik motor je.  Dan jarang jugalah kami outing atau visiting.  Hari ada visiting, kalau dia call kata nak balik, abah angkut je dia balik rumah.

Masa awal Khilfi masuk asrama, memang kami ambil dia hampir setiap Jumaat sebab kebetulan masa tu masuk sekolah di bulan Ramadhan.  Anak-anak Form 1 syahdu lain macam (termasuk Khilfi yang call dan nangis) dan cikgu bagi kelonggaran untuk pulang bermalam setiap minggu.  Gigihlah kami buat Seremban - Melaka tu macam Sg. Wang ke Lot 10 je.  

Dah beberapa bulan, Khilfi dah boleh adapt dengan hostel life dan dia semakin happy di asrama.  Dia sendiri yang cakap "abah ammi tak perlu datang tiap minggu, abah datang time abang boleh balik je.  Lagi pun masa boleh visiting tu abang boleh tidur dalam bilik".  See dia pun nak "me" time dia sendiri.

Kyra dapat masuk SESS di pertengahan tahun lepas pun ammi tanya soalan yang sama.  Jawapan dia "I will be okay ammi, rumah dengan sekolah bukan dekat pun nak datang selalu.  Kesian abah drive".  Ehhh dia kesian kat abah je?  Ammi?

Jadi minggu lepas tidaklah ammi ke sekolah Khilfi memandangkan Jumaat minggu ni pun dah nak dijemput dia dan barang-barangnya balik untuk bercuti selama sebulan.  

Tapi parents lain yang duduk dedekat Melaka datanglah juga untuk last visiting.  Kira macam gathering/reunion mak bapak dorm Temenggung. 

Next year jelah kita gathering ye.  Tapi janji kena pakai baju batch...kita beli macam buat pekasam je baju tu dalam lemari.


Kakak guru besar di tengah..hahah.  Kita mak-mak dalam group memang selalu berharap pada info dari dia.  Bagus guru besar ni menjalankan tugas demi kemaslahatan anak-anak Temenggung.


Antara makanan yang dorang bawa.

Ammi tercari-cari juga gambar anak ammi.  Dia tak turun bawah sekalilah tu untuk join dormmate, atau mungkin dia dapat masuk ke bilik computer.  

Dengar cerita dia terpilih untuk pemilihan BADRI.  Semoga ada harapan buat dia.  Sekarang ni dia ahli Jemaah An-Nur untuk surau sekolah.  Ammi pun taktau apa beza BADRI dan Jemaah An-Nur.  

Post a Comment

0 Comments