Lawatan Penanda Aras ke Uniten

Hari Jumaat lepas Alhamdulillah Kyra dan rakan-rakan selamat tiba di UNITEN untuk Lawatan Penanda Aras STEM dan Motivasi.


Ammi pun taktau apa tujuan lawatan ni sebenarnya.  Untuk dibuka minda anak-anak ni untuk nak tentukan hala tuju lepas SPM ke?  Mungkinlah kotkan.  


Dalam banyak-banyak ni mana satu kepala anak sendiri pun ammi tak pasti hahah.  Banyak juga cikgu share gambar tapi tak jumpa gambar anak sendiri.  

Dalam hati masa mula tu macam "eh dia tak jadi ikut ke?, tak sihat ke? menyorok ke?"...macam-macam "ke" yang keluar.


Dah pepetang sikit baru nampak muka dia.  Ahhhh lega amminya.


Kalau kat rumah bab pasang-memasang ni dia terror sikit.  Kalau ammi beli almari ke, rak ke, kalau ammi mintak Khilfi yang buat biasanya lambat sikitlah jadinya.  Tapi bila suruh kakak yang buat ehhh kejap je siap.


Hasil kumpulan Kyra.

Esoknya Kyra call dan dia kata best sangat lawatan tu.  Dan dia kata, masa buat kerja kumpulan tu kakak jadi tukang pass barang, kemas barang je sebab ramai sangat satu group tu.  Rasa semak sangat bila ramai jadi kakak tolong pass barang dan fikir sikit-sikit je.  Apa-apa jelah kakak janji adalah function dalam group tu.

Post a Comment

13 Comments

  1. Pendedahan alam study agaknya.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt ikut trip/lawatan😁

    ReplyDelete
  3. Nampak antara yg menyerlah Kyra tu. Semoga maju jaya ya Kyra.

    ReplyDelete
  4. Rasanya pendedahahan ke dunia study yang lebih mencabar...dunia Universiti..Dania dulu pun sama gak..trip pi UPM...

    ReplyDelete
  5. linda suka juga memasang2 nie...tapi, bila tak jadi2 hasilnya, mula lah nak stress.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Advance depa pi U utk lawatan penanda aras. Si Abg pergi sekolah lain je antaranya melawat bilik pengawas sbb ada dapat anugerah kot bilik pengawas sekolah tu. Ambil inspirasi kata Abang :)

    ReplyDelete
  7. bestnya Kyra dpt join sesi lawatan ke Uniten.. jd tukang pass barang pon takpe Kyra as long as enjoyyy hehehe

    ReplyDelete
  8. Bagus kan lawatan macam ni.

    ReplyDelete
  9. rasanya lawatan tu utk bagi semangat utk anak-anak supaya mereka boleh nampak hala tuju lepas SPM

    ReplyDelete
  10. Uniten mana ni Ammi? Pahang ke kat Kajang ni?

    ReplyDelete
  11. Anak-anak ni mesti suka bila ada lawatan luar.

    ReplyDelete
  12. Bagus inisiatif sekolah buat lawatan sambil belajar ke universiti, biar anak2 lagi semangat nak belajar bila dieorg dah tau halatuju lepas spm.

    ReplyDelete
  13. Nampak berbakat jadi engineer sepertinya Kyra 😉

    Bagus lawatan seperti ini. Dulu saya tak pernah ada. Padahal ini membantu utk tahu seperti apa kehidupan uni kan.

    ReplyDelete