Ini cerita tahun lepas.
Hari Sabtu 28.12.2024, lepas Subuh ammi baring kejap. Rasa macam pening pulak kepala. Nak tidur tapi laparlah pulak. Sudahnya bangunlah masak sarapan pagi. Buat mee sup je sebab semalamnya tu kami ke Port Dickson dan kakak ipar bagi sebungkus mee. Kakak ipar dan suami ada kilang mee kecil-kecilan belakang rumah dan Alhamdulillah senanglah juga orang-orang di PD ni nak cari mee buatan orang Muslim yang tak ada rasa kapur, rasa pahit bagai tu. Kitorang kalau kumpul adik-beradik pun memang selalu pesan kat Along BAWAK BALIK MEE. Kitorang nak borong.
Tengahari tu Kyra balik naik ETS ke Segamat. Ammi buat lunch simple-simple dengan apa yang ada je kat rumah sebab petang abah dan anak-anak bujangnya nak naik KL. Abah ada game bola di Ampang. Ammi berkeseoranglah nampaknya di rumah. Malas pulak nak ikut. Kita ber"me" time dirumah sambil layan drama dan movie kat rumah jelah.
Ammi grill ayam. Ayam ni ammi dah marinate dari pagi Jumaat tu sebenarnya kononnya nak buat salad untuk dinner Jumaat. Tapi sudahnya Jumaat petang tu kami ke PD lepas
makan-makan di MyViets.
Kakak ipar ada bagi tempe berbungkus-bungkus. Jadi ammi goreng letak kunyit dan rempah kari jelah. Sekali terlebih kunyitlah pulak. Buat juga tempe, bilis letak cili ni. Ada baki kuah sup pagi tadi dan itu jelah lunch kami sekeluarga. Baki lauk ammi bawa untuk ammi dinner malam nanti.
Kyra naik ETS patutnya pukul 1.40 petang tapi delay dalam 10 minit. Lebih kurang 2.30 petang, NYDP PIBG dah kongsi dengan parents gambar bus. Katanya bus dah siap sedia tunggu di tempat biasa.
Sempat juga bus berhenti di 7 Eleven dan 99 Speedmart nak bagi peluang kat anak-anak buat "last shopping" sebelum masuk asrama. Biasanya memang NYDP ni akan iringi bus yang disewa dan akan pastikan murid semua cukup dan selamat sampai ke sekolah.
Tengok dari bukaan langkah dah tau itu anak ammi. Dia kena marah sebenarnya dengan ammi sebelum turun kereta tadi sebabnya dah berkali-kali ammi remind bawa tali supaya senang dia ikat laci dia masa nak bali cuti penggal nanti. Kalau tak ikat laci tu confirm berterabur barang dalam tu bila dia nak bawa turun dari tingkat 3 ke bawah sebab dia plan taknak keluarkan baju-baju dari laci. Dia manjang ye cakap "ok ammi, ok ammi" tapi kesudahannya ok tinggal ok jelah. Dia tak ambil pun tali.
Dah selesai berbelanja marilah pulang semula ke sarang ye anak-anak.
Lebih kurang pukul 5 Kyra call bagi tau dia dah beli tali masa bus stop di kedai. Siap minta maaf sebab tak dengar cakap ammi. Yelah...ammi pun mintak maaf juga kat dia sebab "terpaksa" marah sebelum anak nak berjauhan dengan kita.
Psst...ammi baru je perasan dalam laptop ammi ni ada "kertas kerja" untuk projek BADAR dia. Intipati kertas kerja dah ok tapi sakit pulak mata ammi tengok alignment berterabur gitu. Kenapalah tak mintak ammi tengokkan haritu? Nak kena ajar buat kerja guna "Words" nampak gayanya ni. Nanti kalau masuk U semua assignment kena bertaip.
10 Comments
lama tk mkn tempe..sedap tu...ayam tu pn terliur bila tgh puasa ni tgk gmbr makanan
ReplyDeleteSedap nampak menu...tapi akak x makan tempe yang makan abg haidy awak and Dania...Kyra..Kyra...sabar aje la erk...lebih kurang Dania gak ni
ReplyDeleteSedapnya tempe. Saya peminat tempe.
ReplyDeleteMesti kena buat last call shopping... ada je yg nak sauk nanti
ReplyDeleteTak makan tempe sangat. Sikit2 je makannya Ammi. Anak ni nak kena remind banyak kali....
ReplyDeleteSedapnyer sambal tempe goreng tu
ReplyDeletethanks for sharing, have a nice evening
ReplyDeleteBestnya lengkap persiapan nak balik sekolah, ada bas ada last shopping. Syiok!
ReplyDeletebaguslah anak2 dah masuk asrama seawal 13 thn mcm abe kie dulu masuk SBP doh. Tp anak2 ni x nak masuk asrama. Bila sambung diploma baru masuk asrama...
ReplyDeleteBiasalah Ammi kadang Aqil pun sama dah diingatkan berkali2 kadang masih lupa. Sifat suka ber"ok" tapi hanya tinggal OK saja tu pun sama mcm Aqil. Bila kita marah kita blk yg akan menyesal. Aduhai anak.
ReplyDelete