Makan malam di Taman Marida

Alhamdulillah.  Kita dah pun masuk ke bulan Rejab.  Dah beralih juga tahun ke 2025.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Hari Khamis lepas, Abah cuti masak sebab demam.  Ammi balik dari kerja lepas solat jomlah kita temankan anak-anak buah di Senawang tu dinner.  Dorang tinggal berdua je kat rumah sebab mak ayahnya ke Johor melawat cucu.  Tapi dah besar dah anak-anak dara ni, sorang dah habis diploma, sorang lagi tengah SPM ni.

Dorang yang suggest tempat makan ni.  Kita follow je. Orang ni berniaga di depan rumah je di Taman Marida Senawang.  Betul-betul belakang Sek. Keb. Senawang.


Cuma ada lauk goreng-goreng yang simple je.  


Suka betul pakai tudung kelepet gitu.  Kadang-kadang nampak cam tudung org Brunei tu pun ada gak.


Abah ammi sehati sejiwa order Nasi Goreng Ayam Hainan.  Pedas sedap cuma ada rasa sos di nasi.  Hmmmm...kita kenal rasa sos tau.  


Kyra & Khilfi makan nasi goreng kampung.  Yang ni pun boleh tahan gak pedasnya.  Nasib budak-budak ni makan pedas.  Tapi half way Kyra surrender.


Alip dan anak-anak buah makan kueh tiow goreng.  

Total 6 makanan adalah RM50.50 dan bila campur air jadi RM60.  Ammi pun tak tahu mahal ke murah.  Tapi mungkin nasi goreng ammi dan abah yang mahal sikit kot sebab ada ayam extra.

Ramai juga orang di kedai ni.  Masa kami sampai tu ramai juga atok-atok yang baru balik solat Isyak dari surau berhampiran makan kat sini.  

Pada ammi, nak kata sedap sangat tu tidaklah.  Tapi untuk yang kuat pedas ok kot.

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus bagus support community :D
    Makanan pun sedap alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. ameeennnn... semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya... rejab, syaban, ramadhan.. semoga kita semua 'dipangggil' ke Ramadhan tahun ni.. ameeennnnn

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap makanannya tu. Tu la kan kekadang tak dapat jangka harga makanan ni bagi kita nampak macam mahal tapi di side peniaga mungkin tu la kos & keuntungan mereka.

    ReplyDelete
  4. Pada saya, makan di luar semuanya best, ahahahaa...
    Semua menarik tu menunya. Nanti nak bawa daktiga jugalah makan di luar, bapanya tak gemar makan diluar.

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba nanti ni..nampak sedap...

    ReplyDelete