Makan tengahari di Melewar Kitchen

Pernah nampak dalam blog Fiza rasanya dia makan kat sini.  Sebelum ni ammi dok ingat restoran ni sajikan makanan macam restoran Melayu yang lain.  Hidangan dalam buffet tray, kita ambil pinggan letak nasi pastu pilih lauk.  Apasal ntah ammi rasa macam tu, mungkin sebab nama restoran ni kot.  

So, Sabtu haritu kami gi melawat anak buah di Hospital Salam di Senawang.  Budak ni hari Ahad tu elok je kitorang gi makan sarapan sesama kat Laman Kito.  Hari Isnin dia masuk kerja tak sampai 15 minit masa tengah briefing ehhh dia pengsan.  Kira jadi sejarah tempat kerja dia "orang pertama pengsan di office" hahaha.  Kisahnya masuk sebab demam yang on-off sampai jadi gitulah pengsan.  Pastu on antibiotik ehhh hari Rabu dia bantai cirit-birit dan muntah-muntah yang non-stop pulak.  Doctor kata itu mungkin reaction atau alahan badan dia terhadap antibiotik dan doctor stop antibiotik tu.  Gitulah kisahnya, bertapalah kamu dalam hospital.

Settle je disitu, kita bertiga pun dah lapar.  Mehlah cari tempat makan.  Dan itu yang tersampai disini..dah alang-alang.


Baca menu sendiri.  Pastu tulis dalam borang yang dia sediakan atas meja.  Tekan loceng nanti dorang selesaikan order tu.  Servis agak laju juga.


Ammi order air nenas madu tanpa gula.  Silap ammi gi tulis order kat ruangan "cold" maka ko dapatlah yang cold.  Dalam otak dok ingat panas, panas.  Tak synchronize betul otak dan tangan ni.  


Penuh perasaan sampai keluar segala urat kat leher kat tangan.  Comellah awak ni.  Ehhhh puji anak sendiri ke tu?



Alip buka je menu nampak ikan talapia terus beria nak order.  Dia ambil set nasi putih ikan talapia balado.  3-4 kali juga ammi confirmkan tang balado tu dan 3-4 kali juga dia angguk kepala.  Kalau ammi orang tanya banyak-banyak kali camni confirm "off" terus mood nak makan.  Hahahha



Abah ambil nasi goreng with grilled chicken


Ammi ambil grilled chicken je.  Ammi rasa perapan ayam ni macam satay.  Agak kurang kena ditekak ammi.


Habis jugaklah budak ni makan walaupun mulut 88 kali tutup bukak sebab pedas.  Ammi tanya dia "kenapa tak makan sayur?"... jawapan dia "sayur dengan timun makan last untuk buang rasa pedas kat mulut"... oklah mana belajar ntah.

On the way ke rumah, ammi singgah beli minum petang.  Haippppp, beria makan grilled chicken je konon pastu tak sampai lagi ke rumah dah tapau benda lain.  hahahha...camno nak kurus gak eh?

Post a Comment

6 Comments

  1. sha xpernah lg rasa ikan masak balado..sllu makan pisang goreng balado..rasanya sama ka balado tu? tp makanan disitu memang menyelerakan lg2 klu service nya laju..slmt mjamu selera kak ammi n kluarga

    ReplyDelete
  2. HAHAHA die mcm saya, sayur last sekali makan

    ReplyDelete
  3. errr MZ pun kerap amik menu grilled chicken ni (feeling2 diet) wpun selalu terbabas mkn benda lain jugakkk lps2 tu...errr lebih kurang ammi laaaa

    ReplyDelete
  4. oh, ingat nasi campur. Pedas ke tak balado tu, Alip?

    ReplyDelete
  5. Pernah makan sekali kat situ...ngan exbopren..hahahaha...ok la makan kat situ..akak makan set daging salai rasanya masa tu

    ReplyDelete
  6. hihihi..besar dugaan dia ammi kalau nak kurus ni hehehe

    ReplyDelete