Pergi Johor beli kerepek

Lama betul rasanya tak bersiaran.  Minggu lepas agak busy di office.  Masuk office pagi tadi pun busy.  Nak kejar hantar document ke client.  Pastu ni nak standby "jemput" balik document tu.  Aishhhh.

Masa gi Johor haritu, kami jalan-jalan dengan kakak ipar je.  Memang abah dah ada planning nak ke Plaza Pelangi beli barang sukan anak-anak.  Ammi pulak nak mencari tudung.  Maka lepas tu kita ke Plaza Angsana pulak.  

Kita gerak semula balik ke Seremban hari Ahad.  Pagi tu sebelum gerak kita gi sarapan beramai-ramai di kedai.


Cuaca macam ni kalau dibawa naik ke katil confirm lelap sampai tengahari.  Renyai-renyai redup je.  Anak-anak ammi bila ada abang kesayangan dorang si Adam & Adib memang dorang tak nampak dah abah ammi.  

Insyaallah tahun ni Adam bakal timang anak ke-2, Adib bulan dedekat nak Syawal nanti.  Ramai dah cucu nek ammi ni.  

Masa on the way balik tu singgahlah kat Ayer Itam jap.  Jadi kerepek bagai.  Cuti sekolah rumah memang akan jadi macam kantin.  


Rambang mata anak dara ammi.


Rambang-rambang pun pastikan ngam-ngam sebakul je.  Gigih anak-anak menyusun barang dalam bakul.  Mujur bakul tak berapa nak besar.  Ahaksss


Dari kecil sampai ke besar Kyra memang masih suka dengan kerepek bawang.  Tapi kalau suruh makan bawang dalam masakan hmmmmm sampai ke sudah bawang duduk je kat tepi.


Ini abah & ammi punya.  


Coklat batu si alip.  Apa je ntah rasa coklat ni...liat2 je masa gigit.  Kuih kapit tu ammi tak rasa sekeping pun.  Sampai hatiiii...mana nak cari batu belah batu bertangkup kat KL or Seremban?  Tolong roger.



Kerepek pisang Khilfi punya...

So, selepas seminggu yang tinggal cuma Nachos dan sepeket kacang parang tu je.  Dah habis semua karang korang jangan nak uik sana uik sini ye.  

Post a Comment

2 Comments

  1. Meriah buah tangan dari Johor, kerepek pelbagai jenis memang rambang mata.. LZ bercadang nak balik Muar lusa, rasa nak singgah Azhar Food untuk cari kerepek dan stok makanan penangan post ini. Terima kasih beri ilham, hehehe

    ReplyDelete
  2. Banyaknya beli kerepek...eh...nak cari jugak la Sabtu nanti...Air Hitam ye? kalau la cik abg tu nak melayan kang

    ReplyDelete