Semalam waktu ammi scroll Facebook ammi nampak posting Dr. Hamid Arshat. Ammi jadi sebak tetiba. Semakin berusia umurnya.
Ammi tak minta izin pun untuk kongsi di sini tapi ini sekadar penghargaan buat beliau.
Aaminnn untuk segala doanya Doctor.
Inilah doctor yang pernah merawat ammi tahun 2007-2008 dulu. Ammi pernah dapatkan rawatan dari beliau sebab ammi nak sangat ada anak macam orang lain. Ammi pernah mengandung diawal perkahwinan tapi sempat bertahan 8 minggu je.
Kehamilan kali ke-2 hanya bertahan 7 minggu je. Waktu berlaku pendarahan sebelum keguguran kali-2 ammi ada ke klinik swasta di rumah. Doctor ada kata yang dia nampak sesuatu yang abnormal pada rahim ammi. Tapi dia refer ammi ke HUKM untuk proses D&C. Waktu di HUKM ammi bertanya pada doctor O&G disitu dan katanya "nothing is wrong with your ovary and uterus, don't worry".
Selepas 2 kali keguguran, 3 tahun ammi menunggu dan ammi tak kuat. Ammi ajak abah berjumpa dengan Dr. Hamid Arshat walaupun ammi tau "belanja" pasti tak murah. Doctor ni bukan calang-calangkan.
Alhamdulillah, ammi terima rawatan dari beliau. Ammi buat surgery juga sebab ammi ada "retroverted uterus". Sangat bersifat macam bapa-bapa. Dia bercakap dengan kita dengan bahasa yang mudah untuk kita faham. Bercakap seperti seorang ayah pada anaknya.
Cara dia terangkan pada ammi kesan retroverted uterus tu pun simple je. Katanya, "kalau tangan kamu di depan, saya letak gula sekilo kamu boleh pegang walau 3 hari sekalipun. Sekarang cuba bayangkan kalau saya pusing tangan kamu macam ni dan saya letak gula sekilo atas tangan kamu, berapa lama kamu boleh tahan?"...
Simbolik menerangkan, ammi memang boleh mengandung tapi mengandung jelah dan belum tentu sampai ke tahap melahirkan sebab rahim ammi tak mampu nak tampung beban.
Lepas operate, alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah intan payung permata hati yang ada sekarang ni.
Terima kasih doctor atas usahamu, atas kata-kata semangatmu, atas doronganmu. Semoga Allah makbulkan segala doa-doa doctor.
11 Comments
Dr Hamid dan banyak bantu ramai orang kan...semoga dipermudahkan buat beliau dan diberikan kesihatan yang baik seiring usia beliau
ReplyDeletealhamdulillah. sanah helwah utk dr hamid.
ReplyDeletebeza 3 tahun dgn my mom ni (my mom will be 83 this year insya Allah)
Sanah helwah, Dr Hamid Arshat. Dulu pakar sakit puan, skrg sakit tuan puan doc pakar. Beruntung Ammi dapat berubat dgn beliau.
ReplyDeleteBetul2 mudah doktor terang.. Sampai ammi igt lagi ayat doktor sampai hari nie..
ReplyDeleteMemang popular. Masa budak-budak selalu tengok dia di tv atau majalah.
ReplyDeleteDulu dia selalu keluar tv. Doktor pakar, banyak tolong orang. Dah 80 tahun dah dia, ye.
ReplyDeleteNama dia memang tersohor
ReplyDeleteDah 80 tahun ye umur Doc... Banyak jasa beliau, semoga Allah balas dgn sebaik² ganjaran 🤲🏻
ReplyDeleteBiasa dengar nama beliau ni dulu2
ReplyDeleteSelalu juga masuk tv
Namanya terlalu sering didengar. Selamat ulangtahun kelahiran doktor!
ReplyDeletesemoga diberikan affiyah dan kesembuhan ...aminn
ReplyDelete