Ini sebenarnya gambar throwback dari memories di Facebook. Kejadian berlaku pada 21.12.2011. Maknanya masa ni umur Kyra 3 tahun dan Khilfi dalam 1 tahun 6 bulan.
Masa tu kan Upin & Ipin memang tengah top kan. Kat mana-mana rumah yang ada anak kecil confirm upin ipin tak pernah lekang dari TV. Kita yang tua ni pun suka je dengan upin ipin ni sebab comel dan kartun ni macam sopanlah sikit.
Dapat tau Upin & Ipin ada show di Muzium Negara, jadi itulah birthday treat untuk Kyra. Padahal umur camtu apa tu hadiah birthday pun dia taktau.
Kyra dengan abah dah laju ke depan. Hero kecik masa tu si Khilfi memang jalan tak nak pegang tangan. Orang baru dapat kaki kan. Dengan baju herot, kepala basah berpeluh. Dalam aircond pun berpeluh budak ni masa kecik dulu.
Kat rumah patung upin ipin kecik je. Sampai kat sini besar gedabak. Memula muka ada senyum lepas tu dia bantai meraung.
Abah kawtim dengan maskot ke dengan Floor Manager tu ntah minta nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Kyra...sekali maskot tu turun dan ambil je dia bawak naik pentas.
Terpaksa kena lock gitu dengan maskot Upin sebab dia macam takut dan nak turun pentas.
Dah selesai, dapat hadiah dari Les Copaque...muka ada senyum. ehhhh comel pulak korang berdua masa kecik ni. Rindunya ammi dengan keletah masa korang kecil.
Masa kecik dah pernah rasa pakai baju nampak ketiak bagaikan kakak...dah besar ni janganlah pulak dipakai dikhalayak ramai ye.
11 Comments
kenangan dlu2....mengimbau time ank2 kecik..skarang dh meningkat dewasa...cpt masa berlalu kn
ReplyDeleteinsya-Allah...kyra dah tau mana betul, mana salah...
ReplyDeletetapi, pernah dengar ada orang cakap mcm tu, keick2 biar anak tu nak pakai seksi2, dah beso, jgn bagi...hihihi...
dah 13 tahun rupanya upin ipin tu
Comelnyaaaaaa.....seronok la Kyra masa ni erk...dulu Upin Ipin memang fenomena kan..eh sekarang pun masih lagi...
ReplyDeleteMuka manyakkkk senyum la Kyra haha... Jgn kata anak² PH pun suka layan upin ipin ni 😂
ReplyDeleteComelnya kakak Kyra, dimples tu memang dari kecik dah nampak ya.
ReplyDeleteamboiiii sukanya diaaa dpt jumpa upin ipin yaaa
ReplyDeleteYa Allah, Kyra memang comel dari kecik kan. Dah besar, cantik lawa pulak.
ReplyDeletecepatnya masa berlalu. anak2 sy pun suka upin ipin semasa kanak2. skrg dah lewat remaja usia mereka..
ReplyDeleteMelebar kemain dia senyum.
ReplyDeleteYe la masa kecik memang comel plus aktif. Daktiga kekecik berderet cenonet-cenonet maleh nak ngejo jika keluar, kita beli barang dapur dorang gi main nyorok2 dkt rak-rak tu, dah jenuh nak kena cari pulak.
Alahai! Comelnya dedua. Ammi pun mesti comel time tu sbb skrg pun dah comel. Hihihihi!
ReplyDeletedah lama sungguh kisahnya...
ReplyDelete