4 dara pingitan

Jumaat lepas ammi tak kerja tapi ammi tetap naik ke KL sebab yang pertama nak menghantar anak-anak dara ke KL.  Yang kedua nak menjemput anak-anak bujang pulak balik dari rumah dadek.

Kyra dan sepupu perempuan yang lebih kurang sebaya dah set untuk berjumpa.  Ada 5 orang sebenarnya yang lebih kurang sebaya tapi mereka lebih rapat berempat.  Sebab memang biasa jumpa dengan 4 ni je.  


Ini gambar tahun bila ntah.  Masing-masing masih lagi kanak-kanak yang excited tiap kali ada kenduri.  Excited nak basuh pinggan cawan sambil main air.  Lepas tu berlari-lari ke sana ke mari.

Mula-mula plan nak pergi hari Rabu sebab last paper SPM Aimi hari Isnin (Bio) dan Alya hari Selasa (Accounts).  Tapi yang sorang lagi tak free.  Alih-alih, dari Rabu ke Khamis dan sudahnya Jumaat terus.  Kalau tak buat Jumaat tu memang tak dapatlah pergi sebab kakak Mawar nak balik UUM dah.  Kyra pulak Khamis ni nak balik ke sekolah.  

Yang mak ayah semua nak melepaskan, macam tak nak lepaskan je.  Abah tu kalau boleh dia pun nak sama berjalan dalam mall yang budak-budak ni nak pergi.  Ishhhhh...takyah nak papadom sangat boleh?



Alya dan Kyra yang kami bawa dari Seremban.  Mereka janji nak jumpa dengan Aimi dan Mawar kat MidValley je.  


Gi main bowling dulu.


Kyra hantar gambar "kakak makan ini".  Sukalah tu.


Kyra yang paling muda dalam berempat ni.  Belakang Kyra & Mawar.  Depan Alya dan Aimi.  Yang dua didepan baru je habis SPM.  Aimi sampai teruk breakout kat muka sebab stress.  Sabar ye Aimi, nanti lawalah balik tu.  Mawar pulak di sem 2 Asasi di UUM.



Ni pun gambar tahun bila ntah.  Masing-masing dah pandai nak pakai shawl lilit-lilit.  Calit lipstik, pakai eyeshadow.  

Lepas ni harap-harap korang still rapat walaupun nanti masing-masing dah bawak haluan masing-masing.  Cepat sampai jodoh mungkin 6-7 tahun lagi ada yang dah naik pelamin.  

Post a Comment

1 Comments

  1. Sosok masing- masing dah besar panjang kan...tapi bila dah besar dah x rapat..macam Dania, si kembar dan Dida...padahal kecik2 elok jer rapatnya

    ReplyDelete