Jumaat lepas ammi tak kerja tapi ammi tetap naik ke KL sebab yang pertama nak menghantar anak-anak dara ke KL. Yang kedua nak menjemput anak-anak bujang pulak balik dari rumah dadek.
Kyra dan sepupu perempuan yang lebih kurang sebaya dah set untuk berjumpa. Ada 5 orang sebenarnya yang lebih kurang sebaya tapi mereka lebih rapat berempat. Sebab memang biasa jumpa dengan 4 ni je.
Ini gambar tahun bila ntah. Masing-masing masih lagi kanak-kanak yang excited tiap kali ada kenduri. Excited nak basuh pinggan cawan sambil main air. Lepas tu berlari-lari ke sana ke mari.
Yang mak ayah semua nak melepaskan, macam tak nak lepaskan je. Abah tu kalau boleh dia pun nak sama berjalan dalam mall yang budak-budak ni nak pergi. Ishhhhh...takyah nak papadom sangat boleh?
Alya dan Kyra yang kami bawa dari Seremban. Mereka janji nak jumpa dengan Aimi dan Mawar kat MidValley je.
Gi main bowling dulu.
Kyra hantar gambar "kakak makan ini". Sukalah tu.
Kyra yang paling muda dalam berempat ni. Belakang Kyra & Mawar. Depan Alya dan Aimi. Yang dua didepan baru je habis SPM. Aimi sampai teruk breakout kat muka sebab stress. Sabar ye Aimi, nanti lawalah balik tu. Mawar pulak di sem 2 Asasi di UUM.
Ni pun gambar tahun bila ntah. Masing-masing dah pandai nak pakai shawl lilit-lilit. Calit lipstik, pakai eyeshadow.
Lepas ni harap-harap korang still rapat walaupun nanti masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Cepat sampai jodoh mungkin 6-7 tahun lagi ada yang dah naik pelamin.
8 Comments
Sosok masing- masing dah besar panjang kan...tapi bila dah besar dah x rapat..macam Dania, si kembar dan Dida...padahal kecik2 elok jer rapatnya
ReplyDeleteSetakat hari nie.. Takde lagi anak2 linda yang rapat ngan sepupu.. Yelah, masing2 jauh.. Dn anak linda banyak laki.. Buat hal masing2 je lah
ReplyDeletewahh ammi tak sabar nak terima menantu nih hehe :)
ReplyDeleteSampai dewasa lah mereka bersama
ReplyDeleteAlhamdulillah..meriah masing2 dpt outing sama2 yer
ReplyDeleteTudung lilit itu saya tak pandai sampai skr. Macam lamaaaaa sangat habis waktu kalo nak lilit2 😅.
ReplyDeleteTak terasa dah besaaar semua ya kak.. dah bisa hangout bersama 😁.
Trakhir anak saya yg sulung nak traktir teman2 nya di mall saat ultah (birthday). Tapi saya tak berani lepas sendiri, akhirnya tetap saya temankan, tp saya dan si bungsu makan di restoran lain, sementara mereka makan di restoran yg di mau 😄. Lalu setelah selesai makan, saya balik kesana bayar semua 😁.
Ntahlah, melihat pergaulan jakarta yg seram ini, saya msh ragu melepas sendiri
Bagusnya, rapat sesama sepupu dari kecil.
ReplyDeletebest ada sepupu sepapat yg rapat dan sebaya gini
ReplyDelete