Ammi ternampak ada orang buat video tentang ni di TikTok. Lelaju ammi clear display dan screenshot sebab menarik nau.
Ammi taktaulah ini cerita betul ke tidak.
Tapi kalau camni lah pemikiran orang ini rosak weiii. Boleh bayangkan tak kalau anak dia tak cukup duit untuk disekolahkan, nanti dia salahkan kerajaan sebab tak bantu sekolahkan anak dia.
Adik oh adik.....anak-anak tu tanggungjawab awak dan suami, bukan tanggungjawab orang lain. Dah pandai meramaikan umat pepandailah cari macam mana cara nak bagi anak-anak tu kehidupan yang baik. Janganlah meminta-minta.
Awak tu pun dah bolehlah bincang dengan suami dan pergi ke klinik kesihatan, pasang apa-apa yang patut supaya awak tak perlu mengandung lagi. Bukanlah saya ni nak menidakkan rezeki Allah, tapi kalau usaha awak dan suami takat itu aja, camna nak besarkan amanah Allah.
Anak-anak tu amanah, bukan koleksi ye dik.
13 Comments
Dari asal family memang jenis mengharap ditanggung, beginilah. Sebab tu selamba beranak ramai2. Padahal, ramai lagi orang ramai anak, elok je galas tanggungjawab cari duit untuk bela anak.
ReplyDeleteLaaa dia buat koleksi album banyak2 lepas tu salahkan kerajaan x bantu dia yang beranak ramai...allah..mcm ni punya pemikiran pun ada ye
ReplyDeleteRisau dengan orang pemikiran macam nie
ReplyDeleteBahayanya.. Menyusahkan orang lain pula, patut diri sendiri beranak diri sendiri la tanggung. Pelik² saja
ReplyDeleteAda baca kat X minggu lepas, rasa geram dan rasa nak bagi penampar jer sbb semua nak harapkan bantuan je. Dah gatal beranak ramai tu buat apa, teruk betul pemikiran mak bapa yg mcm ni dan sampai bila pun tak akan maju selagi tak berubah
ReplyDeleteSepanjang hidup mengharapkan bantuan. Moga dijauhkan perangai ni dari kita dan keluarga.
ReplyDeletesaya sgt tak setuju those yg tak amalkan family planning..anak2 tu amanah..kena bg yg terbaek..kalau tak mampu, tak pyhlah beranak ramai2...anak tak mintak dilahirkan ke dunia, dan tak de choice utk pilih parents...saper jer yg nak lahir dlm family miskin tegar kan...
ReplyDeleteSaya masih menghormati yang menganut childfree drpd jenis orang begini 😤. Macam hidup zaman flinstone tak kenal yg namanya kontrasepsi. Tak mahal pun .. ini pula punya anak berharap negara yg membiayai
ReplyDeletesenang betul cara dia berfikir. kita yang beranak tiga tiba-tiba ni pun usahakan untuk family planning. kerana berfikir tentang ekonomi. kita nak kualiti, bukan kuantiti biarpun semuanya rezeki.
ReplyDeleteHarapnya itu konten sahaja tapi kalau betul memang tak masuk akal lah perangai orang begitu 🤬
ReplyDeletesemoga diorang dpermudahkan segala urusan , Islam tak suruh umat nyer duduk mengharap bantuan orang ... usaha dulu , tawakal dan berdoa ;) tiada jalan pintas di dunia ini ;)
ReplyDeleteAku pun mengucap panjang baca citer ni...senang keja kann.. baca komen lagi la.. mcm2
ReplyDeleteok done BW all ur entries..yayyyy
ReplyDelete