Aswad kami dah pulang

Semalam lebih kurang jam 10.30 malam, abah terdengar bunyi kucing sayup-sayup diluar rumah.  

Ammi kat dalam bilik belum tidur tapi ammi memang tak dengar sebab ammi pakai earphone sambil tengok drama kat telephone.  Abah kata abah buka pintu dan tengok ehhhhh yang sayup-sayup tu bebetul depan pintu rumah je.  Betapa keciknya suara kucing tu.

Bila ammi dengar abah cakap kuat "haaaa pergi mana seminggu baru nak balik?"... ammi cabut earphone dan sahhhhh itulah anak bongsu yang kami tunggu-tunggu.  Kalaulah ammi dapat record moment mak dia berlari dapatkan anak, mesti syahdu korang tengok.

Ammi terus bawak dia ke dapur, bagi dia makan wetfood.  Ringan dan kempis betul perut dia.  Ammi letak portion yang besar macam yang biasa ammi bagi Apil makan...dan habis.  Ammi tambah lagi seportion dan dia makan hampir habis.


Lahap betul dia makan.


Poppy yang paling tak suka dia pun datang cium-cium dia.


Makan pun teleng budak ni lahaiiii.

Sambil layan dia makan ammi pun whatsapplah abang dia si Alip tu.  Alip tak ada, dari hari Isnin ada kat KL rumah si Dadek.



Lepas makan dia asyik ngekor je ammi.  Bila ammi peluk dia, ammi pun surprise sebab dia relakan je ammi ni belai-belai kepala dia.  Selalu dia tak suka kena peluk.  Ammi pun taktau apa yang dia nak ceritakan bila dia asyik ngekor ammi tu.  

Sekarang ni ammi taktaulah mana dia pergi, dia tersesat ke?  Ada orang kurung ke? Mungkin dia tersangkut kat bumbung ke?  Tapi tulah, dia ni tak ada suara, payah betul nak dengar kalau ye pun dia mintak tolong.

Janganlah hilang-hilang lagi Aswad.  Ini kali ke-2 kamu hilang.  Kali pertama kamu cuma hilang lebih kurang 27 jam gitu.  Kalini genap 7 hari.

Terima kasih Allah kerana makbulkan doa hambaMu ini.   

Kak SA...Aswad ni gegirl.  Ammi dah sunatkan dah pun.  Alhamdulillah, kalau tak mungkin balik-balik je bawak cucu untuk kita.

Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah, pnjg lagi umur aswad tu :) touching plak baca entry ni

    ReplyDelete
  2. Aduhai Aswad...awak buat Ammi awak risau la..kesian plak tengok dia kelaparan..dia sesat rasanya ni..pandai plak dia cari jalan pulang

    ReplyDelete