Khamis lepas ammi cuti. Cuti sebab ada appointment untuk ambil darah di klinik kesihatan. Malam tu rasanya sampai hampir jam 10 lebih ammi masih menghadap laptop dirumah. Selesaikan apa yang patut untuk disemak oleh boss ammi esoknya.
Ammi takdelah keluar awal sangat untuk ke klinik. Rasanya dalam jam 8.30 pagi baru terhegeh-hegeh naik motor ke klinik. Mujur juga ammi dah biasa berIF jadi dah terbiasa tak sarapan pagi. Pagi tu sempatlah sapu-sapu rumah sebab dah alang-alang cuti ni ammi set untuk orang Cuckoo datang servis water dispenser kat rumah tu.
Lebih kurang jam 10 pagi selesai semuanya.
Ammi ajaklah abah gi selesaikan urusan ammi di Tabung Haji jap. Lama nau akaun ammi takde transaction (ni nak gi haji ke tidak ntah...) sampai akaun jadi dormant. Jadi caranya adalah ammi kena tutup akaun lama dan buka akaun baru. Dorang akan transfer semua baki di akaun lama direct. Dah alang-alang tu ammi buka je akaun untuk Alip. Untuk Kyra dan Khilfi, disebabkan dorang dah ada MyKad jadi ammi perlu register di THiJari apps dan datang bersama surat beranak (untuk menunjukkan yeee sayalah ibu mereka).
Dah selesai di sini barulah terasa lapar. Moh le ajak abah teman ammi makan. Abah awal-awal lagi dah sarapan.
Memula order mee kari. Pastu masa on the way nak gi kat tempat abah duduk tu ehhhh ternampak kacang pool pulak.
Makan banyak camni, pastu manjang je berzikir nak kurus, nak kurus. Lempang karang.
Selesai makan, balik dan kita sambung buat kerja pejabat. Selesaikan masalah kerja yang tidak selesai. Dah selesai semua barulah ammi boleh mulakan misi mencari kasut.
4 Comments
ammi , brp kali kene gi klinik kesihatan ek? sekali sebulan ke kalau ade mslh kesihatan? ldy saja tanye sebab lady x pernah pergi check.. cume baru2 ni ldy cube g.. bulan 3 kene g ambik keputusan status darah... smg xde penyakit ape2.. jadi risau pulak di hati
ReplyDeleteMee Kari dan kacang pool, dua² sedap. Tak kurus pun tak apalah. Kita doakan kesihatan Ammi baik² sahaja.
ReplyDeletetakpe...ammi rajen briswalk...
ReplyDeleteKacang pool tu, lama nya tak makan. Moga semuanya baik2.
ReplyDelete