Pagi Khamis lepas kita bersiap-siaplah untuk hantar Kyra ke asrama. Tak adalah pagi sangat pun, dalam hampir ke pukul 12 baru kita gerak sebab waktu mendaftar dia mula jam 4 petang.
Pagi tu ammi suruh dia park semua barang dia kat depan, sebab risau je tertinggal. Bila dah keluar semua senanglah nak tengok apa yang terlupa.
Antara bag-bag yang ada. Menggeleng kepala Khilfi kata barang kakaknya banyak. Jadi ammi pun mulalah berceloteh.
Kakak ni perempuan. Awak pergi sekolah cukup sekadar pakai baju, seluar, spender, stoking dan kasut. Bila jadi perempuan, ada tambahan bra, handsocks, kain dalam, anak baju, anak tudung, tudung. Perlu juga bawa balik pads. Takkan nak bawa sebungkus je pad...mestilah berpaket-paket.
Barulah dia macam...huhuhuhu. Haaaa..jangan komen sembarang ye. Haaa see kakak....ammi backing awak padahal mmg barang awak banyak pun. Makanan pun dah seplastik besar.
Tu belum lagi beg kasut kat luar rumah, baju yang bergantung dah berseterika.
Ammi ingat ammi dah suruh dia buang kasut ni. Sekali, pagi tu dia masukkan kasut ni dalam beg kasut. "Ohhh noooo don't throwwww. Ini kasut prep kakak", katanya. Terkebil-kebil ammi pandang dia...memang abah ammi tak ada duit nak beli kasut anak..memang.
Kyra perlu balik awal ke sekolah sebab nak sambut pelajar baru, dan dia sebagai BADAR perlu kemas-kemas surau. Jadi dia pun tanyalah, kalau-kalau ammi boleh sedekahkan apa-apa hiasan untuk surau. Yelah surau baru kan...jadi dorang ni lah perlu fikir apa yang boleh diletakkan disurau.
Jadi kita beli jelah zikir macam yg kat rumah ni. Lawa pun lawa dimata ammi dan Kyra kata, bila pandang zikir ni confirm kakak rasa macam kat rumah. Ahaksss
Letak di depan surau, sesambil ada penceramah bagi ceramah confirm mata budak-budak ni melilau tahan mengantuk. Mana tau ada yang mata tertancap kat sini at least bolehlah budak tu ikut berzikir dalam hati dari jauh.
Apa kejadian zikir ni dalam surau taktaulah. Kyra pun belum call lagi ammi ni.
12 Comments
Kasut tuh nampak legend betul. Kesayangan dia gamaknya ye. Barang girls memang meriah kan. Kalau lelaki entah-entah 1 bag pun udah cukup bagi deme.
ReplyDeleteHaha anak2 perempuan kalau bawak barang balik asrama mmng serupa nk lari rumah dia punya banyak tu xD samalah kita pun.
ReplyDeleteCantik pulak hiasan zikir tu. Semoga mengalir pahalanya setiap kali org berzikir :D
Ni kan...sama aje macam dania ye...kasut dah nak hancur masih nak simpan dan pakai...sentimental value katanya....macam mama ko dh xde duit nak beli kasut erk...
ReplyDeleteharus la..brg org pompuan mcm2 kann..
ReplyDeletebagus kyra..ajk surau & deko tu.menariks
Cantik Zikir tu...
ReplyDeletekasut yang lama tu jugak yang sedap...rileks lah ammi..
ReplyDeletetp kan, linda jenis tak suka beg banyak2..biar satu @ dua beg...hahaha
Bukan kata kyra je..
ReplyDeletenieyl ni pun klu pergi mana2 sehari bawa barang mcm 2 3 hari hehehe
Barang orang perempuan memang banyak, tak cukup 1 beg. Hehe..
ReplyDeleteCantik zikir boleh gantung di dinding.
Selamat kembali menjadi penghuni asrama kyra
ReplyDeleteTypical perempuan semua camtu. Hahahah. Semua barang rasa perlu & nak angkut ke mana2. Biar semua cukup & ada.
ReplyDeleteHahahahaha tergelak saya liat sepatu itu 🤣🤣. Memang yaaaa, anak2 nih tahan loh mereka pakai sepatu dah koyak.
ReplyDeleteSaya pun pernah kak, lihat sepatu si adik, pas diangkat, sole nya dah menganga kelaparan 🤣🤣. Trus kata Kaka nya pula, sepatu dia tuh dah lama menganga , tp selama ini dilem pakai UHU glue😂😂.
Astaghfirullah mengucap sayaaa.
Langsung saat itu saya buang sepatu dia, telp papinya esok harus ke toko sepatu. Tak ada cerita pakai sepatu buruk , apa kata gurunya 🤣🤣
Kalau barang Asrama masa Dania Asasi dulu fuhhh banyak. Berkali-kali naik turun nak angkat barang. Biasalah tu orang perempuan ya. Memang banyak barang.
ReplyDelete