Beli baju

Hari Jumaat tu, sampai je KL, kita pick up Aimi dan anak-anak bujang ammi dulu (memang padatlah kereta masa ni).  Tapi kejap je sebab rumah Aimi dan MidValley tak jauh pun.  Aimi ni kakak pada Dadek.  

Drop off anak-anak dara bertiga dulu then kita terus ke Jalan TAR.  Sementara Khilfi belum balik hostel marilah jari baju dulu.  Tahun ni ammi raya di Melaka dan adik ipar ammi yang sorang tu dah bagi "command".  Tahun ni yang raya Melaka pakai warna TUTTTTTTTTTT.

Dalam pukul 11 lebih pun banyak parking dah full.


First time bawak kereta masuk lift.  Cuak ammi.  Abah parking kat bangunan Haniffa rasanya.  Bangunan ni pun kosong je.  Tak ada peniaga.  

Abah:  Nanti dah besar kalau kerja bagus-bagus, setiap hari boleh bawak kereta naik lift parking depan rumah.
Alip:  Nanti Alip nak duduk kat rumah tingkat 50.

Yelah...berangan itu memang percuma.


Kami cari baju dedekat je.  Malas nak jalan jauh-jauh sebab boleh tahan panas cuaca haritu.


Abah taknak baju melayu.  Katanya, membazir je pakai baju melayu sebab jarang sangat nak pakai seluar kalau ke masjid atau surau.  Abah lebih selesa pakai baju melayu tu dengan kain pelekat.  Jadi dia suggest pakai kurta je.

Khilfi pun kat hostel time prep dia tak pakai satu set baju melayu.  Dia pun selesa berbaju melayu dengan slack ataupun seluar track je.  Suka hati koranglah.  Hangin gakkkk amminya ni tapi duit awak suka awaklah!

Sementara nak tunggu orang kedai ni cari size untuk Alip, dia boleh pulak bantai duduk kat bawah camni.  Alahaiii anak.  Ini beli belah waktu bukan bulan Ramadhan.  Kalau bulan Ramadhan mau dia terbaring dah kot.  Tak sabar betul nak potong rambut budak-budak ni..gerammmm je ammi tengok rambut camni.


Selesai mencari baju yang lelaki, ammi pergi juga cari baju ammi.  Tapi sebab panas nau cuaca hilang pulak minat nak mencari nak nak test.  Lain kali jelah.

Terus je ke Masjid India ni untuk solat Jumaat.  Nampaknya khutbah Jumaat tu ammi sorang jelah yang faham sebab dalam bahasa Tamil.

Selesai di sini, kami ke Kampung Bharu cari lunch dan kemudian kami balik terus ke Seremban.

Tak jemput Kyra ke?

Tak, biarlah dia bersama dengan sepupu-sepupunya.  Malam hari Jumaat tu dia duduk di rumah Angah (abang kepada Alya).  Angah yang jemput adik-adik sepupu dia dari MidValley.  Esoknya Angah juga hantar Kyra dan Alya ke stesen komuter berhampiran rumah dia.  

Alhamdulillah hari Sabtu, dalam jam 1.15 petang dua dara ni dah sampai semula ke Seremban.

Post a Comment

0 Comments