Masa anak kecil-kecil terasa penatnya kita uruskan mereka. Nak-nak yang ada anak yang agak rapat. Beza usia Kyra dan Khilfi cuma 1 tahun 6 bulan. Kyra lahir 12/2008 dan Khilfi pulak 06/2010. Tapi kira ammi adalah juga gap. Ada yang abang lahir bulan 1, tetiba ehhh ada adik pulak lahir bulan 12. Itu lagi jenuh nak berlari kesana ke mari.
Bila dah besar, dorang dah boleh dibawa berbincang. Abang dan kakak jarang bergaduh berdua. Yang rajin bergaduh si no. 2 dan no. 3 ni. Hmmm.
Kalau pergi membeli barangan dapur, ammi cuma jadi tukang pilih barang. Kemudian kita serahkan je pada mereka.
Ingatkan ammi je santai lepas memilih, abah pun santai juga melihat anak-anak susun barang sebelum dibayar. Sekarang dorang dah pandai nak susun barang sebelum cashier scan. Dorang asingkan ikut kategori. Dulu main hantam je asalkan trolley tu kosong.
Tet tet tet... ammi yang dengar dari jauh bunyi scanning tu pun ngeri. Tu tukang yang nak membayar pun confirm lagi ngeri. Masa ni kita gi beli keperluan asrama anak-anak sebenarnya. Beli mandian, syampoo, socks, segala mak neneklah.
.png)
Ammi duduk je kat tepi layan 2 ketul ni berborak. Dorang berdua ni, sebelum jumpa rindu-rinduan, bila dah jumpa kejap gaduh, kejap gelak, kejap merajuk. Ehhhh macam-macamlah. Haritu dadek kat rumah gitulah, kekejap gaduh. Ni dah balik, eh kekejap whatsapp. Rindu ke tu??
6 Comments
Anak- anak kan..ada pelbagai ragam..termasuk anak buah...the best part anak- anak buah akak kalau nak apa2 semua akan menuju ke akak...depa tau mamalong x kan say no kan...
ReplyDeletenanti bila dah besar lagi, depa pula yg ganti part bayar-membayar...InshaaAllah..
ReplyDeleteAnak2 macam2 peelnya. Seronok tengok perkembangan mereka dari kecik sampai besar. Pulak tu ada masa menguji kesabaran juga.
ReplyDeleteAnak dah besar lagi santai...masa banyak untuk diri sendiri dan ibadah....kalau tak percaya boleh tunggu bebarapa tahun lagi
ReplyDeleteBetul sangat, empat orang empat ragam. Akk pun dah serahkan bab-bab beli barang ni pada anak-anak. Bagi list, mereka yang cari. Tiba kat kaunter, mereka yang susun, mak hulur kad, tap je untuk bayaran. Tapi sambil-sambil tu jeling-jeling jugak barang-barang yang discan.
ReplyDeleteSaya teringin anak2 cepat membesar begini 🤭. Kalo skr ini serba tanggung . Si kakak dibilang anak kecil bukan lagi, tapi remaja pun masih belum. Adiknya pula masih manja luar biasa. Masih suka ngajak kakaknya ribut 😅
ReplyDeleteKalo dah besar, sudah bisa diajak berdiskusi yg lebih berat temanya . 😁