Hari Sabtu lepas, kami ke KL sebab ada majlis aqiqah untuk cucu-cucu kakak ipar. KakNgah buat sekali harung untuk 2 orang cucunya. Sorang lelaki sorang perempuan.
Antara menu yang ada. Meriah nau makanan. Disebabkan 3 ekor kambing, maka ada yang dijadikan kari dan ada yang jadi sup. Ammi terlupa pulak nak rasa sup kambing tu. Infact ammi rasa ammi lebih pada meratah lauk je. Nasi pun ammi tak jamah. Ammi cuma makan pulut sesenduk. Itu pun kenyang sampai payah nak bernafas.
Selepas asar kami keluar dari Kem Wardieburn nak menuju ke Padang UKRC yang terletak kat Ampang. Abah ada game bola. Aishhh bila nak pencen main bola agaknya dia ni.
No. 23. Itulah hero kami.
Waktu player tengah rehat, dia ambil kesempatan bolot padang tu sorang-sorang. Main kat tepi padang je tapi dia beriya dengan boots, socks, shin pad bagai.
Selesai game, si kecik ni dah berzikir kat abah. Dia ni dari pagi sebenarnya dah cakap "Bah, malam ni MU lawan Everton pukul 8.30 malam". Dia fans berat MU. Walaupun MU kalah dan dia selalu kena kutuk dengan abahnya, babahnya, pakcik-pakcik dia, dia tetap setia dengan MU.
Dah berkali-kali maka abah pun kata, oklah, lepas solat maghrib kita singgah makan kat mana-mana foodcourt yang ada TV.
Mendongak pun boleh asalkan dapat tengok. Peminat MU tapi pakai baju Liverpool. Ahaksss.
Kami order talapia penyet untuk si kecik, bakso untuk ammi dan pecal untuk abah. Tetengah sedap makan bolehlah 2 biji MU kena. Frust muka member. Dan handphone dia pun berbunyi oleh dek whatsapp dari fan Everton (Pakcik Alim, abang ipar ammi). Hahhaha..
Dah kena 2 biji tak kuasalah ammi nak tunggu kat kedai tu. Bersepah asap rokok...fening ammi. Dahlah ammi rasa mengantuk sesangat padahal macam baru pukul 9. Dia sambung pulak tengok dalam kereta. Pastu dengar dia bebel sorang-sorang kat belakang. Hahhahah..bebellah, ammi nak tidur.
Akhirnya hampir-hampir nak sampai ke Seremban, dia bersorak. MU dapat masukkan sebiji gol. Kejap tu ammi rasa tak sampai 10 minit dia sorak lagi. "MU buat comeback, MU buat comeback", jerit dia gembira. Terencat tidur ammi ni tau.
Pagi semalam, ammi naik bus ammi sajalah tengok camera kat bekas makanan kucing. Ehhhh pukul 6.38 pagi dia dah tercongok depan TV tengok bola.
Lelaju ammi call handphone abah (abah belum balik dari surau lagi masa ni), suruh dia solat dan sarapan. Macam tak yakin je bila dia kata dia dah solat. U don't play-play ye. Ammi uninstall youtube kat TV tu karang baru tau.
1 Comments
Minat betul dia ngan bola erk...sabar jer la..mata tu dah kuyu tuh..masih tgok lagi...aduhai Alip...
ReplyDelete