Lama dah ammi tak cerita pasal rezeki yang dikongsi oleh adik despatch ammi ni. Terlupa nak ambik gambar pun ada jugak.
Kisahnya Jumaat lepas ammi kerja sebab hari Khamis dah cuti sebab ada appointment hospital. Khamis tu ammi dah book adik despatch ni suruh datang office sebab ada perkara urgent perlu dihantar. Soalan dia pagi Jumaat tu "doc dah ready ke kak?". Bila ammi kata dah, jawapan dia "orait, jap lagi saya sampai".
Kejap tu dia sampai bersama makanan. Aishhhh akak ko ni baru je plan nak makan pisang je.
Disebabkan dia datang kategori pagi dia belikan juga kopi ais kaw.
Dia belikan nasi lemak. Dan dah alang-alang ammi ada pisang sebiji, ammi makanlah juga pisang tu sebab kalau masuk fridge karang dia lebam. Boleh tak ammi ni tak terfikir nak frozenkan je pisang tu macam selalu. Tetiba jadi bengap pulak takleh fikir lepas makan nasi lemak hahahaha.
Hari Isnin, Ammi bawak dari rumah 4 biji pisang untuk difrozenkan dan guna untuk buat shake hari Isnin hingga Khamis.
Dan pagi tu sekali lagi ammi suruh dia datang. Tak expectlah pulak dia ni bawak makanan sebab bukanlah tiap kali datang dia bawak makanan untuk ammi. Sekali, dia datang dengan makanan jugak. Ishhh malu wei akak ko ni. Asik awak je bagi, akak ni tak bagi apa-apa pun.
8 Comments
Semoga murah rezeki awak adik dispatch....
ReplyDeleteDia enjoy dgn kerjaya dia sampai tertempias rezeki pada org2 di sekitarnya.
ReplyDeleteBaiknya, adik despatch. Semoga murah rezeki dia. :)
ReplyDeleteAllahuakbar, baiknya dia. Mesti sebab Ammi pun baik sangat. Kalau tak, mana mahunya orang rajin nak belanja tau, Ammi.
ReplyDeleteHuhu takde mana baiknya SK. Mcm mana ammi kat blog gitulah ammi kat luar cuma kat luar lebih pemalu gitu
DeleteSedapnya kopi ais tu nikmat dapat sedut tu.
ReplyDeletesiap kopi ais tu... akak nengok yang tergoda.
ReplyDeleteKiranya despatch tu freelance lah kan.
Semoga bertambah-tambah rezeki adik despatch dan ammi se"company" juga.
Dia tahu caranya berterimakasih 👍👍. Memang baik berarti orangnya kan. Semoga sama2 dilimpahkan rezeki utk kakak dan adik dispacth
ReplyDelete