First time layan busking di Gedabucks

Ammi cuti harini.  Harini nak hantar Kyra balik ke sekolah sebab dia perlu bertugas sebelum masuknya adik-adik junior yang baru.

***************************************************

Hari Sabtu tu ammi memang dah plan nak makan di Gedabucks sebab tau akan ada Bob Sentuhan disitu.  Ammi suka dengan suara dia, ahhhh semua suara jenis husky gini memag ammi sukalah.  


Dulu masa kat KL kalau Abah rajin melayan dapatlah layan busking dia di SOGO dan Bukit Bintang.  Tapi lama kelamaan ammi pun macam tak kuasa nak melayan orang ramai.  Jadi semak otak, semak mata bila ramai orang.  


Masa ni tak ramai pun lagi orang.  Ini first time ammi makan di Gedabucks selepas jam 8.30 malam.  Selalunya lepas Maghrib ammi dah gi makan dah sebab perut sejenis dah diajar merengek-merengek sebelum waktu maghrib.  


Antara juadah yang kami order.  Juadah abah tak masuk dalam gambar.  Siapa suruh order lambat.  Ammi dah tak kuasa nak minyak2 kat telephone.


Order cappucino...tapi mak aihhhh manih leting betthollll.


Ammi order Miang Pla.


Dorang kata ini muka kalau kena marah dengan ammi.  Huhuhu..

Ammi ni tak lama sangat pun duduk kat sini.  Selesai ammi makan ikan tu, makan dengan teliti sampai tiap tulang ammi susun atur.  Tetiba nampak bayang suami kat SA.  Ammi dok cari-cari kak SA tak nampak bayangnya.  Jadi ammi perati, ke mana agaknya abang tu pergi...dan ahahahha barulah nampak kakakku itu.  Gi la terjah ke meja dia kejap tapi boleh tak lupa nak ambik gambar?

Ammi ada ambil video Bob ni nyanyi tapi besar nau pulak nak upload dan ammi malas nak masukkan ke YT.

Kejap tu bila semua orang dah selesai makan, marilah kita balik.  Ammi ni nak gi toilet sesangat dah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kelakar kan...berjumpa tapi lupa nak amik gambar...pas tu suami tanya..eh itu bukan ke kita pi umah dia malam2 hantar hadiah tu...ye laa..Shila la...

    ReplyDelete