Generasi 4 Nenek Bersaudara

Minggu pertama cuti sekolah, 25.01.2025 kami ke Melaka sebab ada majlis keluarga belah Encik Suami.  Pernah juga sepupu-sepupu Abah buat majlis berkumpul beramai-ramai.  Tapi yang ini lebih ramai sebab melibatkan semua anak-anak moyang.


Ibrahim dan Nafisah ni adalah moyang pada Abah.  Ehhh masa snap gambar ni tak nampak pulak nama nenek Abah.  Nenek abah anak bongsu...Nek Nah namanya.


Ni pun ramai yang tak dapat hadir.  Biasalah bila dah bekeluarga dan bekerjaya.  Ada yang tak dapat cuti, tak sihat.


Keluarga diasingkan ikut warna.

Dari keturunan Nenek Rembor - pakai warna purple
Nenek Che Nor - warna hijau (hilang dari gambar)
Nenek Che Yun - warna hitam
Nenek Nah - warna biru.

Walaupun ammi di dah 20 tahun jadi isteri abah tapi masih ramai lagi yang di team warna biru ammi tak kenal.  Muka perasan tapi nama tak tau.  Huhuhu.


Daripada Nek Nah maka lahirlah arwah mak mentua ammi (Zailah) yang melahirkan 10 orang anak termasuklah suamiku syayam...dan seorang anak yang tidak sempat dilahirkan dan "pergi" bersama beliau pada tangga 15.1.1981.


Sila bangun...jangan malas.  Tolong acik-acik kamu susun hadiah lucky draw.  Yang bestnya, hadiah kami suami isteri dapat limau sorang sekotak.  Memang jodoh till jannah sangat ni.  


Rasa macam banyak je bergambar dengan sepupu abah...tapi ada yang ini je.  Ini antara sepupu abah yang pertama ammi ngam, sebabnya manjang gi Tesco Cheras je akak ni ada kat situ.  Memang manjang kalau jumpa pun kat Tesco je.

Kitorang tak tunggu lamalah sangat, dalam pukul 3 camtu abah dan adik beradik nak gerak dah sebab kitorang nak gi pekena mee udang.


Tempat faveret adik beradik abah kalau nak makan mee udang ni di Pengkalan Balak.  Kedai D'Ribut namanya. 


Kami berlima memang pakai baju biru...ikut tema. Tapi kami semua tak ingat nak bergambar bersama.  Selalu sangat jadi camni.  

Selesai makan semua kita singgahlah kat rumah abang sepupu Abah di Sungai Tuang.  Walaupun balang dari keturunan team baju biru yang sama tapi dia tak hadir pun majlis ni sebab dia ada urusan lain.


Bestnya santai petang minum kopi kat laman gini.  Budak-budak biasanya kalau balik rumah balang...daripada 24 jam yang ada rasanya cuma 8-9 jam je dorang kat dalam rumah (utk tidur, solat, mandi, makan)...selebihnya memang kat luar sampai berkeladak kuku kaki dengan tangan.

Post a Comment

0 Comments