Minggu pertama cuti sekolah, 25.01.2025 kami ke Melaka sebab ada majlis keluarga belah Encik Suami. Pernah juga sepupu-sepupu Abah buat majlis berkumpul beramai-ramai. Tapi yang ini lebih ramai sebab melibatkan semua anak-anak moyang.
Ibrahim dan Nafisah ni adalah moyang pada Abah. Ehhh masa snap gambar ni tak nampak pulak nama nenek Abah. Nenek abah anak bongsu...Nek Nah namanya.
Ni pun ramai yang tak dapat hadir. Biasalah bila dah bekeluarga dan bekerjaya. Ada yang tak dapat cuti, tak sihat.
Keluarga diasingkan ikut warna.
Dari keturunan Nenek Rembor - pakai warna purple
Nenek Che Nor - warna hijau (hilang dari gambar)
Nenek Che Yun - warna hitam
Nenek Nah - warna biru.
Walaupun ammi di dah 20 tahun jadi isteri abah tapi masih ramai lagi yang di team warna biru ammi tak kenal. Muka perasan tapi nama tak tau. Huhuhu.
Daripada Nek Nah maka lahirlah arwah mak mentua ammi (Zailah) yang melahirkan 10 orang anak termasuklah suamiku syayam...dan seorang anak yang tidak sempat dilahirkan dan "pergi" bersama beliau pada tangga 15.1.1981.
Sila bangun...jangan malas. Tolong acik-acik kamu susun hadiah lucky draw. Yang bestnya, hadiah kami suami isteri dapat limau sorang sekotak. Memang jodoh till jannah sangat ni.
Rasa macam banyak je bergambar dengan sepupu abah...tapi ada yang ini je. Ini antara sepupu abah yang pertama ammi ngam, sebabnya manjang gi Tesco Cheras je akak ni ada kat situ. Memang manjang kalau jumpa pun kat Tesco je.
Kitorang tak tunggu lamalah sangat, dalam pukul 3 camtu abah dan adik beradik nak gerak dah sebab kitorang nak gi pekena mee udang.
Tempat faveret adik beradik abah kalau nak makan mee udang ni di Pengkalan Balak. Kedai D'Ribut namanya.
Kami berlima memang pakai baju biru...ikut tema. Tapi kami semua tak ingat nak bergambar bersama. Selalu sangat jadi camni.
Selesai makan semua kita singgahlah kat rumah abang sepupu Abah di Sungai Tuang. Walaupun balang dari keturunan team baju biru yang sama tapi dia tak hadir pun majlis ni sebab dia ada urusan lain.
Bestnya santai petang minum kopi kat laman gini. Budak-budak biasanya kalau balik rumah balang...daripada 24 jam yang ada rasanya cuma 8-9 jam je dorang kat dalam rumah (utk tidur, solat, mandi, makan)...selebihnya memang kat luar sampai berkeladak kuku kaki dengan tangan.
9 Comments
ramainyaa....ini kalau semua berkumpul ni silap2 frame pun tak muat kan..
ReplyDeletebagus ada majlis mcnie..kdg2 berselisih dkt mana-mana, tak kenal rupanya sedara...
Awak nak tau x..awak tayang mee udang tu awak buat saya teringin tau....x baik erk awak...hahaha...D'Ribut erk nama kedai dia..nanti kalau ke Pengkalan Balak nak singgah la
ReplyDeletewahhhhh ramaiiiiii betullll niiiiii
ReplyDeletemmg keluarga besar...
alhamdulillah
masih ramai yang sihat lagi dan dpt berkumpul...
siap masuk berita online lagi tu.
ReplyDeletekiranya, kalau arwah MIL hidup bersama anak nya..adik beradik husband ammi ada 11 lah ye?
wah ramainya... Alhamdulillah
ReplyDeleteBest gathering keluarga besar gini. Mmg akan ambil masa la nak hafal nama sedara mara yg ramai ni.
ReplyDeleteBest lepak dekat luar camtu, nyaman je kan
best betul if ada gathering gini!!
ReplyDeleteUwaaaahhhhhh ramaaaai ya kak. Itupun belum semua bisa DTG yaa 😅😄. Hebaaaat lah bisa arrange acara begini . Bukan mudah pastinya.
ReplyDeleteDuluuu saat mertua saya masih ada, masih rutin mereka mengadakan acara silaturrahmi keluarga besar. Sampai sewa aula. Dan sama kak, saya pun tak pernah bisa hapal semua tamu, saking terlalu banyak. Ketemu di jalan pun dah pasti tak kenal 🤣
Hebaaat sangat Orang2 yg bisa mengenali semua alur silsilah keluarganya 👍
Kita org biasa buat mcm ni time raya... In sya Allah this year pun dlm perancangan dah
ReplyDelete