Ammi tak kerja harini. Dah minta cuti dengan boss. Selalunya Jumaat ammi bekerja dari rumah, kalau ada kerja bukalah laptop dan selesaikan apa yang patut. Tapi untuk harini ammi minta cuti sebab ammi malas nak usung laptop.
Ammi on the way ke sekolah Kyra sebab ada Hari Diskusi Akademik untuk pelajar Tingkatan 5. Haritu dah dibuat online meeting untuk ibu bapa. Ada tentative dates untuk anak-anak sertai perkampungan ilmu masa cuti sekolah. Huhuhu. Maknanya kalau cuti sekolah seminggu, Kyra hanya sempat bersama keluarga dalam 4 hari je gitu. Dia dan rakan-rakan Form 5 perlu pulang lewat dari juniors. Berjuanglah anak-anak Warriors 2425.
Tak apalah, mungkin waktu yang dia tak boleh balik, kami yang akan kesana bagi suntikan semangat dan layan kehendak "itu dan ini" dia.
Lepas habis majlis diskusi ni bolehlah bawa dia balik. Sebelum tu singgah juga di Melaka jemput Khilfi dan sambut Ramadhan bersama. Insyaallah, esok lengkaplah kami berlima bertarawih bersama dan insyaallah dapatlah bersahur bersama.
6 Comments
alhamdulillah selamat menyambut ramadhan ammi sekeluarga...dapat sambut puasa sama2 cukup semua ada..saya sambut puasa tahun ni berair mata,anak tak dapat balik,suami pula outstation....
ReplyDeleteSemoga selamat pergi, dan selamat balik, Ammi dan keluarga. Seronok, dapat sambut awal ramadan bersama anak beranak, cukup korum.
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronoknya dapat sambut ramadhan sama- sama...
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat sambut puasa bersama2.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua dapat kumpul dna sambut puasa, syukurrr dan semoga dipermudahkan buat Ammi sekeluarga.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok baca sis ammi sekeluarga dpt sambut ramadhan & terawekh sama-sama..
ReplyDelete