Kami ke Segamat

Ammi tak kerja harini.  Dah minta cuti dengan boss.  Selalunya Jumaat ammi bekerja dari rumah, kalau ada kerja bukalah laptop dan selesaikan apa yang patut.  Tapi untuk harini ammi minta cuti sebab ammi malas nak usung laptop.  

Ammi on the way ke sekolah Kyra sebab ada Hari Diskusi Akademik untuk pelajar Tingkatan 5.  Haritu dah dibuat online meeting untuk ibu bapa.  Ada tentative dates untuk anak-anak sertai perkampungan ilmu masa cuti sekolah.  Huhuhu.  Maknanya kalau cuti sekolah seminggu, Kyra hanya sempat bersama keluarga dalam 4 hari je gitu.  Dia dan rakan-rakan Form 5 perlu pulang lewat dari juniors.  Berjuanglah anak-anak Warriors 2425.  


Tak apalah, mungkin waktu yang dia tak boleh balik, kami yang akan kesana bagi suntikan semangat dan layan kehendak "itu dan ini" dia. 

Lepas habis majlis diskusi ni bolehlah bawa dia balik.  Sebelum tu singgah juga di Melaka jemput Khilfi dan sambut Ramadhan bersama.  Insyaallah, esok lengkaplah kami berlima bertarawih bersama dan insyaallah dapatlah bersahur bersama.  

Post a Comment

15 Comments

  1. alhamdulillah selamat menyambut ramadhan ammi sekeluarga...dapat sambut puasa sama2 cukup semua ada..saya sambut puasa tahun ni berair mata,anak tak dapat balik,suami pula outstation....

    ReplyDelete
  2. Semoga selamat pergi, dan selamat balik, Ammi dan keluarga. Seronok, dapat sambut awal ramadan bersama anak beranak, cukup korum.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...seronoknya dapat sambut ramadhan sama- sama...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat sambut puasa bersama2.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semua dapat kumpul dna sambut puasa, syukurrr dan semoga dipermudahkan buat Ammi sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah seronok baca sis ammi sekeluarga dpt sambut ramadhan & terawekh sama-sama..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah berkumpul semua.
    Kami pun the boys PB minggu ni, in Sha Allah dapatlah terawih & sahur sama²
    Selamat berpuasa utk Ammi sekeluarga

    ReplyDelete
  8. begitulah pengorbanan yg anak2 SPM dan ibubapa kena hadapi sepanjang tahun demi kecemerlangan anak2. Anak ketiga sy tgh tunggu result ni. InsyaAllah dpt 8A spt yg ditarget....

    ReplyDelete
  9. Senangnya bisa puasa bersama nanti ☺️. Barulah terasa komplit kan.

    Selamat berpuasa kak Ammi. Minggu kan yaa. Saya pula Sabtu ini dah mulai ramadhan. Untung masak sahur dah jadi juga 😄

    ReplyDelete
  10. MZ singgah sini nak ucapkan ramadhan kareem utk ammi sefamili!

    ReplyDelete
  11. semoga anaknya dapat berkampung dengan baik nanti... :D

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa Ammi.
    Kenalah berkorban untuk Kyra.

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan..selamat berpuasa
    alhamdulillah..dpt sambut puasa sama2..
    aku, ian weekend ni baru balik jab

    ReplyDelete