Sekarang ni semakin kerap ammi rasa sakit di bahagian tengah tapak kaki. Risau sekiranya itu adalah Plantar Fasciitis.
Ni kita korbankan jelah duit lebih sikit untuk kemaslahatan kaki. Disebabkan hari Khamis tu cuti, lepas Alip balik sekolah, orang servis water dispenser balik, ammi pun selesai kerja dah jomlah kita keluar. Cari je lunch di luar sebab dapur kami tutup. Ahakss. Ko memang sentiasa cari peluang untuk tak masak Sharmila.
Pusing-pusing kedai tu akhirnya ammi beli yang inilah. Ini yang terpaling selesa untuk kaki ammi yang ada 'bunion' di hadapan. Untuk mereka yang ada bunion kasut yang lebar didepanlah yg paling sesuai. Tak dapek do nak pakai kasut macam kat bawah ni.
(Photo credit to Google)
Sales Assistant kata kasut ni layak untuk dapat potongan tax sebab dia termasuk dalam kategori kasut untuk kesihatan dan bukannya "kasut untuk melawa". Baiklah. Saya akan simpan resit.
Beli, masuk kereta, buka kotak dan terus pakai. Ahaks.
Pastu jomlah kita ke Seremban Mall disebelah kedai kasut ni pulak sebab nak cari sport shoes untuk dak Alip. Hari Selasa depan dia ada latihan merentas desa, kemudian hari Khamis merentas desa yang sebenar. Kasut sukan dia dah sendat.
Dah cakap kat abah, cari yang murah-murah je sebab kaki budak baya ni cepat nau membesar. Dan kasut sport tu pulak bukanlah kasut yang boleh dipakai hari-hari.
Sekali abah kata, beli kasut sekolah ala-ala kasut sukan jelah. Boleh pakai gi sekolah sekali. Lagipun pembukaan sekolah haritu memang kami tak beli pun kasut baru untuk dia.
Dah selesai. Dan keluarlah dia dari kedai dengan perasaan bangga bawak paper bag.
Walaupun kasut dah awal dikeluarkan dari kotak hijau, tapi kita bawak jelah balik kotak ni. Mana tau sok lusa anak nak guna untuk buat kerja pendidikan seni, RBT bagai. Ehhh jadi hoarder juga ko ni Sharmila!
1 Comments
Kuat betullah kesherashian kita Ammi, PH pun beli kasut hari ni ahahaha 😆
ReplyDeleteBetul, kaki anak² tengah membesar ni cepat besarnya, asalkan selesa cukup la tak perlu mahal² kan