Sekarang ni semakin kerap ammi rasa sakit di bahagian tengah tapak kaki. Risau sekiranya itu adalah Plantar Fasciitis.
Ni kita korbankan jelah duit lebih sikit untuk kemaslahatan kaki. Disebabkan hari Khamis tu cuti, lepas Alip balik sekolah, orang servis water dispenser balik, ammi pun selesai kerja dah jomlah kita keluar. Cari je lunch di luar sebab dapur kami tutup. Ahakss. Ko memang sentiasa cari peluang untuk tak masak Sharmila.
Pusing-pusing kedai tu akhirnya ammi beli yang inilah. Ini yang terpaling selesa untuk kaki ammi yang ada 'bunion' di hadapan. Untuk mereka yang ada bunion kasut yang lebar didepanlah yg paling sesuai. Tak dapek do nak pakai kasut macam kat bawah ni.
(Photo credit to Google)
Sales Assistant kata kasut ni layak untuk dapat potongan tax sebab dia termasuk dalam kategori kasut untuk kesihatan dan bukannya "kasut untuk melawa". Baiklah. Saya akan simpan resit.
Beli, masuk kereta, buka kotak dan terus pakai. Ahaks.
Pastu jomlah kita ke Seremban Mall disebelah kedai kasut ni pulak sebab nak cari sport shoes untuk dak Alip. Hari Selasa depan dia ada latihan merentas desa, kemudian hari Khamis merentas desa yang sebenar. Kasut sukan dia dah sendat.
Dah cakap kat abah, cari yang murah-murah je sebab kaki budak baya ni cepat nau membesar. Dan kasut sport tu pulak bukanlah kasut yang boleh dipakai hari-hari.
Sekali abah kata, beli kasut sekolah ala-ala kasut sukan jelah. Boleh pakai gi sekolah sekali. Lagipun pembukaan sekolah haritu memang kami tak beli pun kasut baru untuk dia.
Dah selesai. Dan keluarlah dia dari kedai dengan perasaan bangga bawak paper bag.
Walaupun kasut dah awal dikeluarkan dari kotak hijau, tapi kita bawak jelah balik kotak ni. Mana tau sok lusa anak nak guna untuk buat kerja pendidikan seni, RBT bagai. Ehhh jadi hoarder juga ko ni Sharmila!
7 Comments
Kuat betullah kesherashian kita Ammi, PH pun beli kasut hari ni ahahaha 😆
ReplyDeleteBetul, kaki anak² tengah membesar ni cepat besarnya, asalkan selesa cukup la tak perlu mahal² kan
memang kena invest beli kasut yg selesa utk kaki...i dh tak berapa nak ngam pakai heels now...byk kasut2 flat heel jer niiii
ReplyDeleteMedifeet boleh claim tax ek taktau pun. Boleh la nanti beli.
ReplyDeletesukalah alif dapat kasut baharu
ReplyDeleteSaya pun kotak kasut, tak buang. Takut ada projek.
ReplyDeleteWah, lawa kasut baru Ammi.
Saya pernah juga plantar fasciitis. Lepas jalan di tempat batu refleksologi, boleh baik, Alhamdulillah.
Dulu mama mertua dan mama saya juga ada masalah di kakinya. JD memang tak bisa pakai sembarang sepatu. Harus sepatu dengan sole khusus. Akhirnya pakai brand Scholl , memang model tak lawa, tp nyaman di kaki.
ReplyDeleteKaki saya walaupun tak ada masalah, tp lihat high heels di atas memang langsung pening 🤣🤣. Dah bukan masanya pakai itu.
Dulu saat dating Ama suami, bukan main pakai heels 12cm 😂😂. Sakit, tp tetap ditahan demi kliatan jenjang 🤣🤣
medifeet boleh claim income tax ya. taktau pun. rugi ni dah banyak pasang beli. kasut utk keja sy pakai medifeet. kaki lebar tak boleh pakai kasut feminin2 tu. tapi resit dah buang la pulak.
ReplyDelete