Setiap tahun sebelum menjelang Ramadhan memang adik-beradik abah akan buat tahlil bersama. Tahun lepas di rumah ammi, tahun ni kita ke rumah adik terpaling bongsu abah. Tema makanan adalah bebas tapi potluck. Tuan rumah masak nasi, buat air dan sediakan tempat yang sejuk berhawa dingin untuk kakak-kakak dan abang-abang. Haaa gitu.
Tahlil bermula lepas kita solat zohor berjemaah. Selesai je memasing dah lapar. Marilah kita serangggg meja makan diluar rumah.
Kaklang sponsor kambing golek sekor. Kaklang bagi juga duit kat abah suruh cari durian, tapi raya maaaaaa....kedai semua tutup. Maka tiadalah rezeki kami nak makan durian.
Antara makanan yang ada... ammi bawa Daging Goreng Thai je.
Ammi ada bawa balik bubur kacang hijau durian tu...tengok gambar ni baru teringat bubur tu ammi parking kat dalam freezer. Harap-harap masih eloklah lagi. Sedapppp wo.
Air asam kicap ada...tapi ikan bakar tak ada dalam gambar. Banchik sponsor ikan siakap besar gedabak 4 ekor. Sampai luka-luka jari ammi menyiang tau berduet dengan mak si dadek.
Dipilih dipilih...
Hampir nak maghrib baru kami keluar dari rumah Pakpis ni. Kenalah tolong tuan rumah mengemas. Anak dia yang paling sulung baru 11 tahun, anak ke-2 belum masuk darjah 1 pun lagi. Pastu ada 2 baby...jadi kita dah pakai rumah dia, kita kasi clear balik.
Nota: Alhamdulillah…malam tadi sekitar pukul 10.40 Aswad dah balik. Syukurrrr
11 Comments
Alhamdulillah, Aswad dah balikkk! Sedapnya kambing golek.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah lama rasa x buat tahlil untuk arwah2.. :( :(
ReplyDeletemurah rezeki Kak Lang sposor kambing golek...Aswad dah balik...wah..seronoknyaaa...mana la agaknya dia pergi? eh dia jantan ke? ke dia pi mengawan?
ReplyDeleteminggu depan pun kakak nieyl sebelah rumah ni buat majlis tahlil, doa selamat sebelum puasa..
ReplyDeleteWah budaya macam kt kampung dana ni lah kak, masih diamalkan lagi buat kenduri tahlil bila dekat nk bulan puasa. Memacam pilihan makanan syok betul bila konsep potluck ni kan kak.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. seronok sambut Ramadan dengan majlis tahlil bersedekah makan sekeluarga sambil titipkan doa buat yang telah tiada ..
ReplyDeleteAlhamdulillah...sebaik2 sedekah adalah pada adik beradik , keluarga sendiri...so, jamu makan2 nie, kira bersedekah lah..ye dak?
ReplyDeletebestnya mkn2 sambil buat aktiviti gini :)
ReplyDeletebubur kacang tu buat aiskrim pun sedap ammi...
ReplyDeleteAh sedap sedap semua makanannya 😍😍😍🤤. Sampai bingung pilih mana kalo ikut juga 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah...meriah makan2
ReplyDelete