Ini aktiviti kami di Raya Cina ke-2. Dari malam sebelumnya adik lelaki abah dok ajak kitorang ke situ, tapi ehhh macam penat pulak rasanya.
Si Dadek patutnya ikut mamanya balik semula ke KL. Tapi dia pujuk-pujuk mama papanya dan dapatlah dia imuniti ke-2. Dan patutnya lagi, Dadek kena ikut abang sepupunya balik KL pagi Khamis tu.
Pagi Khamis tu ammi, Kyra dan mandak umi (adik abah) gi briskwalk. Dadek dah siap mandi pagi bagai sebab kena ikut Abang Adel balik KL dan tiba-tiba ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....adik abah tu call lagi. Ajak mandi di Air Panas Gadek. Dahhhh mengendeng-ngendeng si dadek taknak balik pulak.
Atas pertolongan Mandak Umi akhirnya dadek dapatlah lagi imuniti ke-3.
Makanya yang balik dari briskwalk takyahlah mandi, jomlah gi sarapan dan teruslah kita ke Gadek.
Dah baru dan lawa. Dulu ala-ala kolam kampung sekarang dah diupgrade. Tapi rasanya masih belum dibuka sepenuhnya especially bahagian chalet. Rasanyalah...ammi pun tak tanya.
Sementara tunggu abah beli tiket, mehlah ambik gambar budak tak mandi dan lupa gosok gigi ni. Dia tidur di rumah kaklang disebelah. Bangun pagi lepas solat dia teman pulak abang sepupu gi keringkan kain sebab kaklang dah nak balik JB petang tu.
Balik dari dobi nampak kami di taman dia terus join...dan tetiba ehhhhh terus sampai ke Gadek. Kamu jangan nak cakap dedekat muka ammi eh.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmVretbb-B6nbzi557Gxk7aIXbOePGc4iQLZTtuunYUTIEUplN18jDYdyBBxo1FaPN5V7TaKhQ-lKwszg925lktVeWSsXzUena6uwNwrZY7GNeszR0-f9XzXR5FN9Eh9XaOfdm6kQn7C6zLW3cfBLlZGmjPIfHcHBPsckp2j_yuaxhA9uufbhsWS0fQVE/s16000/image%20(6).png)
Bukti tanda hadir...dan bukti saya antara yang gelap disitu. Ahakss..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg58FLnNIHsJjjs5heQwooHCRynG2UBUJkkoASent0HeU_J6uzDoDGJOoWFqOLNrUYLSYUDZGhLJVPPAHs4ITsVU78W0M-g7qyv4iLlOMAoClP8U-AkHES3AqlbKL-z01Mb9AuS_dnEF_Ijg04oAXRjhUrm4sXNP02FHPXAUHv1JIEisoJ2Von_6KB4FW8/s16000/image%20(5).png)
Kolam yang kami duduk ni berbumbung dan airnya suam sikitlah. Kolam yang paling depan tu agak panas airnya. Tanjat kita masa celupkan tangan.
Sebelah ammi tu mandak umi (adik abah) dan sebelah lagi biras ammi yang suaminya beriya-iya ajak kitorang mandi dari malam sebelumnya.
Budak no. 7 yang gembira tak payah balik KL.
Ni kolam ke dua terbesar kat sini. Kolam besar satu lagi yang macam kat theme park tengah dibersihkan.
Tak faham betul ammi buat kerja maintenance waktu Public Holiday. Bayarlah staff OT buat maintenance di waktu malam. Ni kita bayar tiket tapi tak boleh guna kolam yang paling best. Paling best untuk kanak-kanak.
Nampak cuaca macam panas tapi tak terasa panas pun sebab berangin sungguh.
Lain kali bolehlah datang lagi. Tadi tu datang celup-celup kaki je sebab ammi tak bawak baju pun. Ammi siapkan baju anak-anak je.
1 Comments
Syok eh pi reramai, healing dan leh bergosip sekali. wiii...
ReplyDelete