Nasi Kerabu Warung Ulong Kocik

Hari Sabtu pagi kami makan di Warung Ulong Kocik.  Lokasi di belakang bangunan UTC Ampangan.  Tujuan ke sini sebab nak makan nasi kerabu.  Ramai yang kata nasi kerabu kat sini sedap selain yang di depan Masjid Sikamat.

Dan ammi ada juga tengok di TikTok orang yang share tu kata tiap weekend ada juadah tambahan iaitu lemak goreng.  Ammi terus teringat Mama Tisya.  Few times tengok kat blog dia pasal lemak goreng ni.

Pernah abah dan ammi pergi hari Jumaat, rupanya kedai ni tutup tiap Jumaat.


Kami sampai sebelum jam 8.  Masa ni pun dah ramai yang beratur.  Ammi pergi chop meja dan biarlah yang lelaki pergi ambil makanan dulu.

Hari yang kami datang tu, cuma ada nasi kerabu dan nasi lemak je.  Tapi ammi tengok kat kedai tu adalah menu lain macam roti canai, masakan panas.  Cuma masa kami datang tu tak ada.



Tempat dorang membakar 


Paru ni sedap




Pinggan ammi.  Ammi ambil sambal paru dan lemak goreng.  Lemak tu ammi ambil sebab abah terlupa nak ambil padahal tujuan dia datang sini sebab nak lemak tu.  Sekali sampai ke depan dia lupa sebab rambang mata tengok macam-macam menu.

Sedap ke?

Sedaplah, tapi sedap sangat ke?  Ammi pun taktau nak cakap.  Pada ammi asalkan nasi kerabu tu cukup sifatnya kira sedaplah tu.  

Harga nasi kerabu biasa di kedai ni RM8.  Tambahan lauk lainlah harga.  Khilfi kata setiap lauk tambah RM5.  I donnoo... i eat only, i don't care.

Lepas makan, jomlah ke pasar Ampangan di depan ni je.  

Post a Comment

3 Comments

  1. Banyaknya lauk. Orang pun ramai, ye.

    ReplyDelete
  2. Adik akak pun cakap kat sini sodap..kena try la nanti

    ReplyDelete
  3. Meriah lauk2 nya tu. Kalau sedap boleh repeat lagi.

    ReplyDelete