Ehhh baru nak type ammi dah rasa panas-panas muka ni. Ammi sedih ni korang.
Anak bulu ammi yang paling bongsu hilang sejak 29.1.2025 (Rabu).
Pagi tu selepas subuh ammi terus masuk dapur sebab nak masak untuk potluck tahlil adik beradik di Melaka. Masa tu Aswad ada juga kat dapur, kenen-kenen ammi kot-kotlah ammi nak bagi dia wetfood. Tapi ammi ni beriya suruh dia gi makan kibbles je. :(
Dalam pukul 8 lebih tu ammi masih nampak dia dalam rumah. Tapi masa kitorang siap-siap nak gi Melaka tu dia dah tak ada dalam rumah, luar rumah pun tak ada. Selalu juga dia ni lepak atas bumbung. Anak-anak cari, panggil semua dia tak datang. Selalu kalau kita ketuk-ketuk mangkuk wetfood laju je dia berlari masuk rumah. Disebabkan dia tak nampak bayang, jadi ammi suruh anak-anak siapkan bekas makanan dan minuman kat luar rumah. Ammi letak dan suruh juga si Zaitun ni duduk luar sama. Kot-kotlah anak dia balik nanti sebab kitorang plan nak tinggal di Melaka sampai Khamis.
Petang Khamis, kami balik hanya ada Zaitun je kat luar rumah. Aswad tak ada. Malam tak ada. Tengah malam tak ada. Wehhhhhhh tak lena tidur ammi. Bangun shishi malam pun ammi akan buka pintu kot-kotlah dia balik.
Ozil dengan Dadek awal pagi Jumaat dah pusing dekat lorong-lorong rumah cari Aswad. Ammi suruh cari juga kat longkang bagai sebab Aswad ni kategori "anak bulu kelainan upaya". Dia pekak, ada suara tapi sangatttt slow.
5 Comments
Sedihnya bila kucing hilang. Saya pun dah terbiasa bila buka pintu, kucing-kucing kat rumah ni memang akan berlari-lari datang kat kaki minta makan. Kalau boleh memang tak nak attached sangat dengan kucing sebab tak tau nak cakap macamana bila kehilangan.
ReplyDeleteAlahai..Aswad hilang....mana plak anak bertuah ni pergi ye?
ReplyDeleteAllah...sedihnya..
ReplyDeleteSaya sejak bela kucing ni barulah faham perasan bila kucing tak balik berhari².
Moga anak bulu Amie dalam keadaan baik² aje dan segera balik rumah.
oo.. boleh tau ya kalau kucing tu OKU.
ReplyDeleteMoga Aswad pulang segera ke pangkuan keluarga.
Ramai yang menunggu tu.
Sedihnya... Mana aswad p berjalan nie... Semoga ada rezeki aswad pulang ke pangkuan ammi
ReplyDelete