Ini lauk yang ammi masak Jumaat lepas. Balik dari briskwalk, duduk-duduk kejap dan lepas daftarkan anak-anak untuk Virtual Run marilah kita buat apa yang patut.
Ammi masak apa yang ada dirumah je. Pagi sebelum briskwalk ammi dah keluarkan ayam dari freezer. Masak yang mudah-mudah jelah.
Sup suhun dan fucuk, letak ubi dan carrot pastu pecahkan sebiji telur. Tak ada daun sup atau daun bawang sebab daun itu tiada stok dirumah. Mujur ammi tak salah letak daun ketumbar di freezer...kalau tidak sure pelik rasa sup kalini.
Gorenglah juga kobis bersama udang dan telur. Ehhh sedap pulak rasa sayur ni harini.
Ayam belada yang sedikit pedas. Tapi ammi tengok elok je Alip makan walaupun makan bersulamkan air.
Selesai je makan lepas dorang balik solat Jumaat, ammi dan Khilfi bukalah movie di TV. Dia nak temankan ammi tengok Pushpa (tamil movie)...sekali tu ehhh baru sekejap je ammi dah sampai ke Tamil Nadu. Sedap ko ek Sharmila, lepas makan tidur pastu bising berat tak turun-turun.
Sudahnya sampai ke harini ammi belum sambung tengok movie ni.
4 Comments
Daun ketumbar tuh memang saya tak sanggub makannya 🤭😅. Makanya segala resep yg pakai daun ketumbar pasti saya skip. Memang rasanya jadi ada yg kurang, tp saya bisa makan. Drpd JD terbuang 🤭
ReplyDeleteAyam Belada nya jadi teringin nak buat 😍😍
Subuh fucuk ubi dan carrot ni memang lauk favorite kami.
ReplyDeleteAlhamdulilah.. rezeki yang tidak pernah habis2nya daripada Allah :D
ReplyDeleteSedap-sedap masakan Ammi di rumah. Hehe, lepas makan memang syok tidor. :D
ReplyDelete